• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Obama Akui Peminat Tegar Reggae Bob Marley

oleh
11/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KINGSTON – Lawatan kali pertama Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke Jamaica membuka rahsia beliau sebenarnya memang peminat tegar legenda genre muzik reggae, Bob Marley yang berasal dari negara kepulauan Caribbean itu.

Perkara itu terbongkar ketika pemimpin tersebut berkunjung ke muzium pemuzik berkenaan di ibu kota Jamaica, Kingston dalam lawatan pertama Presiden AS ke negara itu sejak kali terakhir dikunjungi oleh mendiang Ronald Reagan pada 1982 lalu.

Muzium tersebut asalnya merupakan rumah terakhir yang didiami penggubah lagu-lagu reggae terkenal di serata dunia, antaranya One Love dan dia atau nama asalnya, Robert Nesta Marley meninggal dunia di Miami, Florida, AS pada 1981.

Obama mengatakan beliau merupakan penggemar setia Marley dan sewaktu di dalam muzium, pemimpin kuasa besar dunia itu sempat memberitahu kepada pemandu pelancong tempatan: “Saya masih lagi memiliki semua album Marley!”

Presiden AS itu berada di Jamaica sejak tiba pada Khamis untuk lawatan rasmi selama 2 hari bagi bertemu dengan 15 anggota Sidang Kemuncak Komuniti Negara Caribbean, antara lain untuk membincangkan masalah tenaga dan isu keselamatan.

Sejurus mendarat di Jamaica, Obama langsung berkunjung ke rumah agam reka bentuk gaya Victoria di pusat bandar Kingston yang pernah menjadi kediaman Marley sejak 1975 sehingga mendiang meninggal dunia pada usia 36 tahun.

Obama menghabiskan waktu kira-kira 20 minit di dalam muzium, yang mempamerkan segala peninggalan legenda reggae tersebut, termasuk beberapa album ‘emas’ Marley dan anugerah penghargaan Grammy Lifetime Achievement.

Lawatan tidak dirancang Obama itu atas sebab keselamatan dibuat pada waktu malam kerana muzium yang dibina ahli keluarga Marley tersebut amat popular dalam kalangan pelancong asing sepanjang masa operasi dari pukul 9 pagi sehingga 4 petang.

Ketibaan Obama dengan pesawat rasmi Air Force One menjadi kunjungan pertama presiden AS ke Jamaica sejak lawatan Reagan 33 tahun lalu dan beliau disambut oleh Perdana Menteri Jamaica, Portia Simpson-Miller. – Agensi/A.AMREE

Tags: Barack ObamaBob Marley
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jho Low Bayar AS$20 Juta Untuk Bergambar Dengan Obama

Jho Low Bayar AS$20 Juta Untuk Bergambar Dengan Obama

19/04/2023
0

Ahli perniagaan dalam buruan Jho Low dikatakan membayar penyanyi rap Pras Michel AS$20 juta untuk bergambar dengan presiden AS Barack...

Malaysia Bakal Jadi Negara Bob Marley?

01/04/2022
0

Masalah penagihan ganja dalam kalangan belia Malaysia terutama anak muda Melayu bukan perkara yang tabu. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Aku membesar dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd