• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Musa Aman Mahu Adun Lipat Usaha Jaya Pembangunan Sabah

oleh Ahmad Albab
09/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman meminta Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) supaya terus melipatgandakan usaha untuk memastikan pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Beliau berkata kerjasama padu dan jitu antara pemimpin, penjawat awam dan rakyat adalah amat penting bagi membentuk pasukan yang mantap terutama bagi memastikan kejayaan dasar dan agenda pembangunan kerajaan.

“Pada masa sama, peranan sektor swasta sebagai rakan kongsi strategik juga amat signifikan agar pertumbuhan ekonomi negeri terus berkembang maju serta lebih berdaya saing termasuk di peringkat global,” katanya.

Beliau demikian ketika berucap pada majlis jamuan tengah hari sempena pembukaan rasmi penggal ketiga persidangan Dewan Undangan Negeri ke-14 di sini hari ini.

Musa percaya jika semua pihak memperkukuh kerjasama serta melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya, kepesatan pembangunan negeri akan dapat dipacu secara lebih holistik dan efisien dalam semua prospek dan potensi.

Sehubungan itu beliau menyeru Adun agar memanfaatkan persidangan dengan sebaiknya dan dalam masa sama menghayati sepenuhnya intipati ucapan dasar Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin. – BERNAMA

Tags: adunMusa Aman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memotong gaji semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketua Pemuda UMNO, Datuk...

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd