• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Murid Amuk Belasah Guru Wanita Di China

oleh Ahmad Albab
10/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Dongguan (China) – Kerana ditegur tidak siap kerja sekolah, seorang murid berusia 10 tahun di sebuah sekolah rendah di sini tiba-tiba naik hantu dan membelasah seorang guru wanita sehingga mangsa terpaksa dirawat di hospital.

Kejadian berlaku apabila guru mata pelajaran seni di Sekolah Rendah Zhangmutou di sini meminta murid lelaki itu yang dikenali sebagai Bin menghantar kerja sekolahnya.

Bin memberitahu dia tidak menyiapkan kerja sekolah berkenaan, menyebabkan guru wanita itu yang dikenali sebagai Chen memarahinya.

Murid itu bangun dan terus menarik rambut Chen sebelum memukul kepala wanita itu berulang kali.

Bin turut menolak guru berkenaan sehingga jatuh sebelum duduk di atas badan wanita berkenaan dan terus membelasahnya.

Murid lain yang ketakutan berlari keluar dari kelas dan beberapa pelajar melaporkan kejadian itu kepada guru besar.

Bin dibawa ke pejabat guru besar dan ibu bapanya dipanggil ke sekolah.

Bagaimanapun, ibu bapa murid itu yang menjalankan perniagaan menjual minyak pelincir enggan datang ke sekolah dan menegaskan mereka hanya akan membayar bil rawatan guru berkenaan sekiranya diarahkan mahkamah.

Namun, mereka dilaporkan menghantar buah-buahan kepada guru malang berkenaan di hospital.

Chen yang dirawat di hospital enggan ditemu bual wartawan.

Katanya, Bin masih di bawah umur dan dia tidak mahu menjejaskan masa depan anak muridnya itu dengan mendedahkan serangan berkenaan.

Menurut guru besar sekolah itu yang hanya dikenali Hu, Bin sebelum ini pernah memukul empat gurunya dan juga pernah bergaduh dengan murid lain.

Hu dan pelajar lain menasihati ibu bapa Bin supaya membawa kanak-kanak itu menjalani rawatan terapi tetapi keluarganya enggan. – Agensi

https://www.youtube.com/watch?v=X7mWEP1OKcI

Tags: Gurupelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat mengesyorkan pengurusan kesihatan mental kanak-kanak memerlukan perkhidmatan dan...

iGuru Desak Siasatan Rapi Dakwaan Guru Terbabit Aktiviti Songsang

iGuru Desak Siasatan Rapi Dakwaan Guru Terbabit Aktiviti Songsang

30/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Ikatan Guru Muslim Malaysia (iGuru) menggesa satu siasatan rapi dijalankan bagi mengesahkan perlakuan sumbang membabitkan beberapa guru seperti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd