• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MKN Hantar Penerbangan Ihsan Kedua Ke Nepal Jika Perlu

oleh Ahmad Albab
29/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menghantar penerbangan ihsan kali kedua jika masih terdapat rakyat Malaysia yang dikesan terkandas di Nepal.

Setiausaha MKN Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata pihaknya pada masa ini masih meneruskan usaha mengesan mereka berkenaan.

“Jika ada keperluan, MKN akan menghantar penerbangan ihsan ke sana. Setakat yang saya tahu, di Kathmandu tiada lagi rakyat Malaysia tetapi di luar kawasan Kathmandu difahamkan masih ada lagi rakyat Malaysia.

“Tetapi jumlah mereka yang berada di sana masih tidak diketahui dan MKN sedang mengesan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang awal pagi Rabu.

Beliau juga meminta mana-mana rakyat Malaysia yang masih berada di Kathmandu supaya segera mendaftar dengan Kedutaan Malaysia di Nepal untuk dibawa pulang ke tanah air.

Thajudeen berkata setakat hari ini, MKN dan TUDM telah membawa pulang 104 rakyat Malaysia yang tiba di pangkalan TUDM Subang pada pukul 12.30 tengah malam tadi.

Kesemua mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu semalam dengan menaiki pesawat C-130 milik TUDM.

“Rakyat Malaysia seramai 104 itu terdiri daripada dua bayi, enam kanak-kanak bawah 12 tahun, 43 wanita termasuk seorang wanita mengandung dan 53 lelaki,” katanya.

Pesawat TUDM itu sebelum itu berlepas dari tanah air ke Kathmandu dengan membawa 30 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta 20 pegawai perubatan dari MERCY Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia bagi membantu usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di negara itu.

Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal di kawasan antara ibu negaranya Kathmandu dengan bandar Pokhara pada pukul 2.56 petang (waktu Malaysia) pada Sabtu. Beberapa kejadian gempa susulan turut berlaku.

Setakat ini tragedi gempa bumi paling buruk melanda Nepal dalam tempoh 81 tahun itu dilaporkan mencatat kira-kira 5,000 kematian dan lebih 8,000 orang cedera. – BERNAMA

Tags: MKNNEPAL
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MH370 – Misi Carian Dalam Air Di Lautan Hindi Tamat Mei

Next Post

Australia Panggil Balik Duta Di Indonesia

Related Posts

VIDEO: Sempat Buat FB Live Sebelum Maut Pesawat Terhempas

VIDEO: Sempat Buat FB Live Sebelum Maut Pesawat Terhempas

16/01/2023
0

KATHMANDU: Satu rakaman video tular dalam media sosial memaparkan detik-detik terakhir penumpang berada di dalam pesawat Yeti Airlines sebelum ia...

4 Warga Nepal Sokong Penghinaan Terhadap Nabi Muhammad Ditahan

16/06/2022
0

Kuala Lumpur : Polis menahan empat warga Nepal dipercayai individu yang videonya tular kerana menyatakan sokongan terhadap kenyataan ahli politik...

Next Post

Australia Panggil Balik Duta Di Indonesia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd