MI Headphone telah diperkenalkan pada bulan Januari lalu untuk pasaran China.
Hari ini, melalui Facebook Xiaomi Malaysia, dikhabarkan bahawa fon kepala ini akan dijual di negara kita dalam masa terdekat.
Mi Headphone menawarkan rekaan premium dengan saiz fon kepala 25 peratus lebih besar berbanding fon kepala lain di pasaran.
Harganya sekitar RM280 (sebelum GST) apabila ditukar kepada Ringgit Malaysia.
Walau bagaimanapun pihak Xiaomi tidak pula menetapkan tarikh muktamad ianya akan mula dijual.
Memandangkan fon kepala ini memasuki pasaran Malaysia dalam masa kurang tiga bulan, mungkin Mi TV yang diumumkan sebelum ini juga akan dijual dalam masa dua bulan, nantikan pengumuman selanjutnya.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=PJqwPXfbQvo