• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

M’sia – Belanda Jalin Kerjasama Dalam Operasi Keamanan

oleh Ahmad Albab
18/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Belanda bersetuju menjalinkan kerjasama dalam latihan dan pertukaran kepakaran dalam operasi keamanan, kata Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat tertutup dengan rakan sejawatanya Jen Tom Middendorp, yang melakukan kunjungan hormat terhadap beliau pagi tadi.

“(Setiap negara) akan hantar setiap seorang bagi tempoh dua ke tiga bulan, kita akan lakukan ini secepat mungkin, staf saya akan berurusan dengan staf Belanda,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat berkenaan di Wisma Pertahanan, di sini.

Zulkifeli berkata, mesyuarat selama sejam itu turut membincangkan mengenai pencarian dan penyiasatan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 yang terhempas.

“Pihak Belanda memainkan peranan besar dalam penyiasatan dan pencarian pesawat serta penumpang pesawat berkenaan.

“Saya (dalam perbincangan, menyatakan perasaan) berpuas hati dengan Belanda dan mereka juga amat menghargai sumbangan negara kita dalam usaha penyiasatan itu,” katanya.

Pesawat Boeing 777-200 yang dipercayai ditembak jatuh dan terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai tahun lepas semasa dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Selain rakyat Malaysia, penumpang MH17 turut terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.

Selain itu, Zulkifeli berkata, kedua-dua negara juga berkongsi pandangan mengenai pendekatan untuk mengukuhkan hubungan sedia ada.

Middendorp tiba semalam untuk lawatan dua hari di Malaysia. – BERNAMA

Tags: Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gambar: Transformasi Kucing, Dulu Terbiar Sekarang Disayang

Next Post

Hidu ‘Bau Ketakutan’ Zaman Penaklukan Jepun

Related Posts

Panglima ATM Terima Bintang “The Order King Abdulaziz”

17/11/2016
0

KUALA LUMPUR - Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dianugerahkan bintang "The Order of King...

Next Post

Hidu 'Bau Ketakutan' Zaman Penaklukan Jepun

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd