• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAHB Peruntuk RM38j Tambah 16 Laluan Pejalan Kaki Automatik Di Klia2

oleh Ahmad Albab
06/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memperuntukan RM38 juta bagi menambah 16 laluan pejalan kaki automatik di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) tahun ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi berkata laluan pejalan kaki automatik itu akan ditambah di bahagian terminal yang curam bagi kemudahan Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas dan penumpang lain.

“Kita akan saksikan banyak penambahbaikan tahun ini bagi kemudahan kesemua pengguna di klia2,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) mengenai langkah kerajaan menjadikan klia2 sebagai sebuah lapangan terbang mesra pengguna.

Mengulas lanjut, Aziz berkata MAHB juga sedang dalam perancangan mengubah lokasi unit-unit perniagaan yang menyempitkan laluan di lapangan terbang itu ke suatu tempat yang lebih strategik.

Mengenai jenis kemudahan untuk OKU dan warga emas yang disediakan di klia2, Aziz berkata, setakat ini terdapat sembilan kemudahan yang dikhususkan untuk keselesaan golongan itu.

Katanya, antara kemudahan itu ialah perkhidmatan jejambat penumpang di setiap pintu berlepas, perkhidmatan kereta buggy 24 jam di tempat letak kereta dan 15 kereta buggy di seluruh terminal, tandas OKU, empat lif di ‘airside’ untuk kegunaan penumpang berkerusi roda serta tandaan ‘braille’ dalam semua lif.

Menjawab soalan tambahan Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah), Aziz berkata MAHB turut menyediakan 16 unit ‘automated external defibrillator’ untuk kemudahan penumpang yang menghidap sakit jantung.

Ikmal Hisham meminta kerajaan menjelaskan usaha yang akan dilakukan bagi menarik minat berterusan pelancong asing terhadap perkhidmatan dan kemudahan di klia2.

Tambah Aziz, penambahbaikan itu bukan sahaja dikhususkan untuk pelancong luar negara malah ia untuk kemudahan pelancong dalam negara.

Menurutnya, kemudahan butang kecemasan juga akan ditambah di semua tandas di kawasan berkenaan.

Perkara itu, katanya termasuk dalam program penambahbaikan di klia2 selain pelbagai perancangan lain bagi menambah baik perkhidmatan di terminal itu. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=ElwIpYt7FRY

Tags: KLIA2MAHB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

25/06/2024
1

Kuala Lumpur : Penjelasan mengenai penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) antara perkara yang...

Inisiatif QRT Imigresen Tangani Kesesakan Kaunter Di KLIA Dan KLIA2

Inisiatif QRT Imigresen Tangani Kesesakan Kaunter Di KLIA Dan KLIA2

01/02/2023
0

SEPANG : Penugasan anggota Pasukan Tindakan Pantas (QRT) Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membantu mempercepatkan proses...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd