• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahasiswa USIM Juara Pidato PPZ-MAIWP 2015

oleh Ahmad Albab
15/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Irfan Faruqi Mohamad Fairus muncul johan pertandingan Pidato Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPZ-MAIWP) 2015.

Pelajar tahun pertama jurusan Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang itu mengetepikan tujuh peserta lain dari Universiti Awam (UA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) pada pertandingan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), di sini hari ini.

Irfan Faruqi, 20, yang pertama kali menyertai pertandingan itu, berkata dia tidak menjangka untuk muncul juara pada pertandingan tersebut, dan menyifatkan kemenangan itu suntikan semangat dan motivasi kepadanya supaya terus cemerlang pada pertandingan pidato akan datang.

“Saya tidak berhenti mencuba memberikan yang terbaik untuk pertandingan ini dan saya akan pastikan mesej pidato dapat disampaikan kepada umum dan fakta yang digunakan tepat dan tidak bercanggah. Terima kasih kepada keluarga dan rakan yang banyak memberi sokongan,” katanya kepada pemberita.

Selaku juara pertandingan anjuran PPZ-MAIWP dengan kerjasama UPNM bersama Pusat Islam UA dan IPTS itu, Irfan Faruqi menerima hadiah RM2,000, sijil dan piala.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Abdul Hakim Amir Osman.

Tempat kedua dimenangi penuntut Universiti Malaya (UM) Sharul Syafie Zariman yang membawa pulang hadiah RM1,500, plak dan sijil, manakala Mohamad Akmal Aizat Umar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di tempat ketiga, memperoleh RM1,000, plak dan sijil.

Sementara itu, Abdul Hakim berkata pertandingan pidato julung kali diadakan bersempena sambutan Jubli Perak 25 Tahun PPZ-MAIWP itu, merupakan platform untuk melahirkan mahasiswa yang terkehadapan dalam melontarkan idea bernas terhadap pendedahan dakwah mengenai zakat.

“Peranan golongan belia amat penting dalam membantu menyebarluaskan perihal mengenai zakat dengan memberikan pendedahan dan pendidikan umum tentang saling kaitan zakat dan ekonomi ummah.

“Justeru, kami berharap pertandingan pidato seumpama ini dapat dijadikan acara tahunan agar pendedahan mengenai zakat dapat diperluaskan dalam kalangan mahasiswa di seluruh negara,” katanya.

Sebanyak lima tema diketengahkan pada pertandingan pidato itu, iaitu, ‘Zakat Memperkasa Ekonomi Ummah’; ‘Zakat Menyatukan Muzakki dan Asnaf’; ‘Zakat Benteng Ekonomi Ummah’; ‘Memugar Institusi Zakat Tanggungjawab Bersama’ dan ‘Peranan Belia Melestari Institusi Zakat’. – BERNAMA

Tags: pidato
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Format 4 Pemain Import Cabaran Terbesar TRW

Next Post

Qatar Ungguli Penerbangan Paling Dipercayai, MAS Ke-16

Related Posts

Pelajar China Dinobat Juara Pidato PABM 2018

09/12/2018
0

KUALA NERUS - Pelajar wanita dari China, Xu Yang dinobatkan sebagai juara Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana...

Pelajar Malaysia Naib Juara Pidato Mandarin Di Beijing

24/09/2017
0

KUALA LUMPUR - Pelajar Malaysia, Nur Afifah Elias mengharumkan nama negara apabila muncul naib juara Pertandingan Pidato Bahasa Mandarin Pelajar...

Next Post

Qatar Ungguli Penerbangan Paling Dipercayai, MAS Ke-16

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd