• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Longgokan Sampah Cemari Sungai Seberang Jaya

oleh Ahmad Albab
30/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Aspek kesihatan penduduk Permatang Pauh diabaikan kerajaan negeri pakatan pembangkang Pulau Pinang yang sibuk berkempen untuk meraih undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen kawasan ini.

Tinjauan Bernama mendapati sungai berhampiran flat blok L1, Jalan Tenggiri di sini dibiar penuh dengan sampah sarap dan longgokan sampah itu mengundang bau busuk di kawasan persekitaran.

Seorang penghuni flat, Rashidah Ismail, 61, berkata keadaan laluan air sungai yang tersekat mengakibatkan rumahnya dimasuki air setiap kali hujan lebat dan yang terbaru, awal bulan lepas.

Katanya, sisa sampah yang terperangkap dalam sungai itu menyebabkan air tidak dapat mengalir dan akan melimpah setiap kali hujan.

“Bukan sahaja banjir, saya risau longgokan sampah sarap di sungai itu boleh mendorong kepada pembiakan nyamuk Aedes dan membawa kepada penyakit denggi,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumah yang terletak hanya 100 meter dari sungai berkenaan.

Rashidah yang telah 30 tahun tinggal di kawasan itu berkata sampah di sungai itu dibiarkan sejak beberapa bulan lepas.

Seorang lagi penduduk flat itu, K. Muniandy, 45, berkata motosikalnya rosak awal bulan ini kerana dimasuki air banjir yang tergenang sehingga ke paras lutut.

“Saya berharap Majlis Perbandaran dapat membina tembok batu untuk menghalang air sungai daripada melimpah setiap kali hujan,” katanya yang bekerja sebagai buruh.

Sementara itu, keadaan longkang yang dipenuhi sampah turut berlaku di Jalan Permatang Pauh dan air bertakung di dalam longkang di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Lay Keow.

Ong Chye Seng, 75, bekas anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Mukim 2 dan 4 Permatang Pauh, berkata keadaan longkang yang penuh dengan sisa makanan dan sampah ini telah lama berlaku.

“Pelbagai aduan dibuat penduduk, namun tiada sebarang tindakan dilakukan pihak berkuasa tempatan dan banjir kini merupakan perkara biasa yang berlaku di sini setiap kali hujan,” katanya.

Bulan lepas, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya mengumumkan kes demam denggi di Pulau Pinang mencatat peningkatan 894 kes atau 170.29 peratus kepada 1,419 kes bagi tempoh Januari hingga 28 Mac lepas, berbanding 525 kes tempoh sama tahun lalu. – BERNAMA

Tags: Sampah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Guru Cium Pelajar Akhirnya Dibuang Kerja

Next Post

Suami Gembira Yana Samsudin Kini Anggun Berhijab

Related Posts

Isu Melayu Sampah: Jangan Jadi Dalang Cetus Kontroversi

19/06/2019
0

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak pengurusan kilang dan industri di negara ini menjaga sensitiviti kaum. Naib...

“Apa Kata Zuraida? Ampang Jaya Kawasan Sampah”

21/05/2019
0

1. Negara kita, Malaysia sudah terkenal di seluruh dunia pada tahun 2018 sebagai pengimport sampah dan sisa plastik yang terbesar...

Next Post

Suami Gembira Yana Samsudin Kini Anggun Berhijab

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd