• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 100 Belia Hadir Diskusi ‘Tanya Gomen’ Bersama Shabery

oleh Ahmad Albab
02/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih 100 golongan belia celik teknologi hadir dalam program #TanyaGomen bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang memberi peluang kepada orang ramai untuk berdiskusi dengan menteri secara santai.

Program yang dilihat ala-ala suasana sembang santai di kedai kopi itu, memperlihatkan sesi diskusi selama sejam yang dikendalikan oleh Zan Azlee, seorang wartawan ‘New Media’ dari Fat Bidin Media di bangunan Platinum Sentral, KL Sentral.

Antara topik yang menarik dalam program itu, adalah hala tuju negara dalam menambahbaik perkhidmatan jalur lebar yang lebih pantas dan efisyen.

Ahmad Shabery berkata Malaysia sedang menuju untuk mencapai perkhidmatan kelajuan jalur lebar yang boleh mencecah lebih 25 Megabit sesaat (Mbps).

Beliau berkata ekoran pelaburan untuk menambahbaik infrastruktur jalur lebar memerlukan kos yang tinggi, ia akan mengambil masa untuk dilaksanakan.

“Harga untuk menanam satu kilometer kabel fiber optik di dalam tanah adalah dianggarkan mencecah RM200,000, manakala harga sebuah menara pemancar pula adalah di antara RM1 juta hingga RM5 juta.

“Memang pelaburan dalam menambahbaik kelajuan internet adalah terlalu tinggi namun semua itu sedang direalisasikan untuk memberi perkhidmatan jalur lebar yang terbaik kepada orang ramai,” kata Ahmad Shabery.

Di samping itu, antara topik lain yang mendapat perhatian adalah kadar caj perkhidmatan jalur lebar yang dikatakan tinggi dan tidak berkemampuan bagi golongan belia.

Ahmad Shabery mengumumkan bahawa syarikat telekomunikasi (telco) telah bersetuju untuk mengurangkan caj perkhidmatan jalur lebar mereka sekurang-kurangnya enam peratus daripada harga asal bagi menggalakkan penggunaan internet dalam kalangan orang ramai.

Katanya, perkara itu diputuskan setelah beberapa siri perbincangan dengan pihak telco diadakan, dan keputusan itu akan diumumkan secara rasmi dalam masa sebulan.

Ahmad Shabery, yang juga Anggota Parlimen Kemaman, turut berkongsi pengalaman beliau ketika turut serta turun padang membantu orang ramai pada musim banjir buruk di Terengganu tahun lepas.

Dalam perkongsian itu, beliau turut menegaskan bahawa betapa pentingnya kemajuan teknologi dan komunikasi dalam operasi menyelamat mangsa banjir.

Di samping itu juga, Ahmad Shabery turut menekankan kepentingan melahirkan ramai bakat karyawan baharu khususnya golongan muda dalam industri kandungan kreatif di peringkat global. – BERNAMA

Tags: Ahmad Shabery
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Berpakaian Hitam: Beberapa Wakil Rakyat Pembangkang Menyesal

Next Post

Nicol Terus Unggul Pemain Nombor 1 Dunia Selama 106 Bulan

Related Posts

Stok Bekalan Beras Negara Mencukupi

03/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa memastikan stok bekalan beras negara mencukupi mengikut kadar ditetapkan, meskipun berlaku kejadian bencana alam atau...

Buka Peluang Wanita Ceburi Pertanian – Shabery

09/03/2018
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menggerakkan pelbagai agensi di bawahnya untuk membuka lebih banyak peluang bagi...

Next Post

Nicol Terus Unggul Pemain Nombor 1 Dunia Selama 106 Bulan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd