• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KWSP Lancar Portal Informasi SPA KWSP

oleh Ahmad Albab
13/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan Portal Informasi untuk ahlinya mendapatkan maklumat berkaitan dana-dana unit amanah yang ditawarkan Institusi-Institusi Pengurusan Dana (IPD) di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA KWSP).

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan), Mohamad Nasir Ab. Latif berkata, Portal Informasi itu merupakan inisiatif KWSP untuk membolehkan ahli membuat penyelidikan tentang dana-dana unit amanah yang ditawarkan serta IPD yang menguruskannya.

“Dengan cara ini, ahli mendapat lebih maklumat untuk membuat keputusan yang termaklum. Terdapat 333 dana unit amanah yang diuruskan oleh 24 IPD di bawah SPA KWSP pada waktu ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohamad Nasir menjelaskan, SPA KWSP memberi ahli pilihan untuk memindahkan sebahagian simpanan mereka secara sukarela dari Akaun 1 untuk tujuan pelaburan.

Katanya, melalui skim itu ahli boleh memindahkan simpanan mereka tidak melebihi 20 peratus setiap tiga bulan daripada jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas.

“Semua maklumat dalam Portal Informasi bersifat umum dan tiada sebarang bentuk nasihat pelaburan atau syor oleh KWSP terhadap mana-mana dana unit amanah mahupun IPD,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: KWSP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

Ahli Parlimen Minta PM Benarkan Dividen KWSP Masuk Akaun 3

Ahli Parlimen Minta PM Benarkan Dividen KWSP Masuk Akaun 3

28/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim sekali lagi menggesa dividen Kumpulan Wang Simpanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd