• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KWSP Lancar 4 Inisiatif Tambah Baik Skim Pencen

oleh Ahmad Albab
20/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan empat inisiatif bagi menambah baik skim pencen sekarang termasuk menyelaraskan umur pengeluaran penuh dengan umur persaraan minimum seperti yang ditentukan oleh kerajaan.

Tiga cadangan lain adalah menyelaraskan caruman minimum dengan undang-undang umur minimum, melanjutkan bayaran dividen daripada umur 75 tahun kepada 100 tahun, dan memperkenalkan simpanan persaraan patuh Syariah sebagai tambahan kepada skim sedia ada.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata meskipun perubahan dalam umur pengeluaran penuh, pengeluaran prapersaraan sedia ada kekal tidak berubah.

“Cadangan itu bertujuan untuk menangani isu-isu berkaitan dengan simpanan persaraan yang tidak mencukupi dalam kalangan ahli KWSP bagi tempoh jangka panjang,” katanya pada pelancaran perundingan ahli-ahli KWSP bagi cadangan-cadangan tersebut, di sini, hari ini.

Beliau berkata mengikut perangkaan KWSP, 78 peratus ahli KWSP aktif pada usia 54 tidak mencapai simpanan asas pada RM196,800 dan 68 peratus ahli pada usia 54 mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000.

“Bagi isu semasa berkaitan penyelarasan umur persaraan dan umur pengeluaran, ahli-ahli akan diminta menimbang dua cadangan — melanjutkan umur pengeluaran penuh daripada 55 kepada 60 tahun secara berperingkat dalam tempoh 15 tahun, atau mengekalkan umur pengeluaran 55 bagi simpanan sedia ada dan memperkenalkan umur pengeluaran baharu pada 60 tahun bagi caruman mereka yang bekerja selepas usia 55 tahun,” katanya.

Shahril Ridza berkata KWSP menggunakan platform perundingan bagi berbincang secara aktif bersama ahli-ahlinya kerana ia adalah cara yang baik bagi mereka untuk memahami isu-isu berkaitan dengan kesejahteraan persaraan mereka.

“Kami ingin menegaskan bahawa pada masa ini tidak ada sebarang keputusan yang telah dimuktamadkan dan kami amat menggalakkan para ahli untuk mengambil bahagian dalam proses ini kerana maklum balas mereka sangat penting kepada kami,” katanya.

Beliau berkata cadangan itu, sekiranya menerima maklum balas yang baik daripada ahli, boleh dilaksanakan seawal tahun depan. – BERNAMA

Tags: KWSPPesara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

Ahli Parlimen Minta PM Benarkan Dividen KWSP Masuk Akaun 3

Ahli Parlimen Minta PM Benarkan Dividen KWSP Masuk Akaun 3

28/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim sekali lagi menggesa dividen Kumpulan Wang Simpanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd