• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Lancar Aplikasi EZ-ADU Untuk Mudahkan Pengguna

oleh Ahmad Albab
16/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini melancarkan aplikasi Ez-ADU bagi memudahkan pengguna mengemukakan aduan mengenai isu-isu kepenggunaan melalui telefon pintar.

Menterinya Datuk Seri Hasan Malek berkata aplikasi itu dibangunkan bagi menangani isu pencatutan dan menjadikan pengguna sebagai perantara bagi kementerian memantau pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam kalangan peniaga.

“Melalui aplikasi ini, pengguna boleh mengambil gambar yang terus dimasukkan kepada sistem KPDNKK untuk memudahkan kita membuat siasatan.

Tempoh siasatan bergantung kepada jenis aduan, ketepatan maklumat, situasi dan lokasi aduan itu dibuat. Lebih tepat aduan, lebih mudah kita siasat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan aplikasi itu, di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan watikah pelantikan kepada 264 pegawai penguatkuasa KPDNKK yang terdiri daripada calon kenaikan pangkat, calon kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) dan juga lantikan baharu.

Hasan berkata buat masa ini aplikasi itu boleh dimuat turun melalui gedung aplikasi Playstore bagi pengguna Android 3.0 ke atas.

Ez-ADU didatangkan dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang dilengkapi dengan 10 ciri utama termasuk pilihan tetapan log masuk automatik, semakan status dan sejarah aduan, mengambil gambar bukti kesalahan dan perkhidmatan ‘geotag’ bagi mengenal pasti lokasi kesalahan.

Selain disambungkan terus kepada sistem KPDNKK, aplikasi itu juga mesra pengguna dengan panduan penggunaan secara tutorial visual.

Pengguna juga hanya perlu mendaftar sekali sahaja dengan memasukkan nama, e-mel, nombor telefon, kata laluan, pengesahan kata laluan dan nombor kad pengenalan.

Skrin utama aplikasi itu turut mempunyai ikon pautan ke pelbagai laman rasmi kementerian seperti portal KPDNKK, Facebook, Twitter dan YouTube. – BERNAMA

Tags: KPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd