• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KP1M Hantar 25 Doktor Ke Kathmandu – Abdul Azeez

oleh Ahmad Albab
30/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) akan menghantar pasukan perubatan terdiri daripada 25 doktor ke Kathmandu, wilayah yang terjejas teruk ekoran bencana gempa bumi, Sabtu lepas.

Presidennya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pasukan itu dengan kerjasama Biro Kebajikan UMNO akan membawa bekalan perubatan, makanan, pakaian dan selimut untuk diagihkan kepada mangsa dan dijangka berlepas esok atau lusa.

“Laporan terbaharu yang saya terima adalah bekalan makanan tidak mencukupi di sana dan In sya Allah kita akan percepatkan usaha kita menghantar bantuan.

“KP1M kini sedang giat buat persiapan membeli ubat-ubatan bersama sukarelawan kita yang sedang cari barang seperti kain selimut dan makanan,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama Pengerusi Tabung Haji (TH), di sini malam tadi.

Katanya, sehingga kini hanya kawasan Kathmandu yang boleh diakses melalui udara dan kawasan sekitarnya masih terputus hubungan darat.

Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal di kawasan antara ibu negaranya Kathmandu dengan bandar Pokhara pada 2.56 petang (waktu Malaysia) pada Sabtu. Beberapa kejadian gempa susulan turut berlaku.

Jumlah kematian meningkat ke angka 5,020 sementara bilangan yang cedera mencecah 7,624 dan dijangka terus meningkat ketika pasukan menyelamat masih berusaha mengeluarkan mayat dari kawasan runtuhan.

Terdahulu Abdul Azeez sempat beramah mesra dengan pesara TH Plantations dan menyampaikan sumbangan berupa bahan makanan kepada 120 pesara di Kota Bahagia, kira-kira 80 kilometer dari sini, malam tadi.

Mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, Abdul Azeez berkata beliau percaya dan yakin kawasan yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) ini akan terus kekal milik BN pada 5 Mei akan datang. – BERNAMA

https://youtu.be/z7Ebe9A2oOg

Tags: KP1M
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa Tipu Agensi Cari Kerja Disaran Lapor Polis

16/01/2018
0

TAWAU - Rakyat Malaysia yang tertipu dengan janji palsu oleh individu atau agensi untuk pekerjaan di luar negara dengan gaji...

KP1M Belanja RM10 Juta Untuk Bantuan Persekolahan

07/01/2018
0

KEPALA BATAS - Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) membelanjakan sebanyak RM10 juta bagi membantu murid miskin di seluruh negara menerusi bantuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd