• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K’jaan Sabah Cadang Ambil Alih Eksplorasi Minyak Di Sandakan

oleh Ahmad Albab
13/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata kerajaan negeri bercadang mengambil alih eksplorasi Marginal Oil Field di Sandakan kerana pendekatan itu menguntungkan dan tidak terlalu bergantung harap kepada pencarian ekuiti semata-mata.

“Bukan saja kami (kerajaan negeri) minta penambahan royalti (minyak) tetapi juga minta Marginal Field di Sandakan yang telah diluluskan oleh Petronas. Kami mahu ambil alihnya,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr Jeffrey Kitingan (BN-Bingkor) yang ingin tahu sama ada kerajaan negeri ada berunding dengan kerajaan pusat untuk mendapatkan bayaran tunai (royalti) ke atas penemuan 16 telaga minyak baharu pada tahun lalu.

Kepada soalan Datuk Johniston Lumai (BN-Kiulu) dan Datuk Au Kam Wah (BN-Elopura) tentang implikasi kejatuhan harga minyak terhadap hasil pendapatan negeri melalui bayaran royalti akan menjejaskan pembangunan negeri, Musa berkata kerajaan negeri mengamalkan perbelanjaan lebih ketat dan berhemah.

Beliau berkata langkah perbelanjaan berhemah itu dilakukan ekoran daripada turun naik harga pasaran minyak mentah dunia pada tahun lalu yang turut memberi impak kepada kutipan royalti minyak yang diterima kerajaan.

Katanya, sebelum kejatuhan harga minyak, jumlah anggaran kutipan royalti minyak yang akan diterima oleh kerajaan Sabah bagi tahun 2015 adalah RM1.15 bilion namun berikutan harga minyak dijangka lebih rendah tahun ini, anggaran semakan diperoleh adalah RM788 juta.

“Memandangkan royalti minyak menyumbang kira-kira 20 peratus hingga 23 peratus kepada jumlah hasil kerajaan negeri, (Sabah) akan menerima kesan sekiranya harga minyak kekal rendah,” katanya.

Dalam pada itu, Musa berkata langkah pengeluaran bon oleh kerajaan negeri sebanyak RM1 bilion pada penghujung tahun lepas selain rizab kerajaan negeri yang kukuh, kesan penurunan harga minyak dunia dijangka cuma memberi kesan minimum kepada perbelanjaan pembangunan negeri. – BERNAMA

Tags: minyakSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga minyak dan harga barang merupakan langkah khianat kepada rakyat dan negara....

Jangan Risau Minyak Naik Tak Lama – Firdaus Wong

Jangan Risau Minyak Naik Tak Lama – Firdaus Wong

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung secara berjenaka menyeru orang ramai tidak perlu terlalu risau dengan situasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd