• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K’jaan Kedah Cadang Naikkan Gaji ADUN 50%, MB 25%

oleh Ahmad Albab
06/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah bercadang menaikkan gaji dan elaun Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk Speaker, Timbalan Speaker dan anggota Exco sebanyak 50 peratus manakala Menteri Besar naik 25 peratus mulai 1 Jan tahun depan.

Usul cadangan penambahbaikan gaji dan elaun itu dibentang oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail.

“Walaupun cadangan itu jika diluluskan dewan akan menyaksikan kenaikan gaji sebanyak 50 peratus bagi semua, tetapi Menteri Besar di atas permintaannya sendiri hanya mahukan kenaikan sebanyak 25 peratus sahaja,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darulaman, Isnin.

Beliau berkata, cadangan itu jika diluluskan oleh DUN bakal menyaksikan gaji ADUN dinaikkan sebanyak 50 peratus daripada RM4,112 sebulan yang dinikmati ketika ini kepada RM6,169 sebulan mulai tahun depan.

Sementara bagi Menteri Besar akan menyaksikan gajinya dinaikkan kepada RM17,718 sebulan daripada RM14,175 sebulan ketika ini, kata Dr Ku Abdul Rahman. – BERNAMA

Tags: ElaunKedah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd