• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah Pondan Pertama Jadi Model Penghias Majalah Vogue

oleh
26/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Setelah menjalani pembedahan jantina sebagai wanita, mantan ‘jantan’ kelahiran Bosnia, Andreja Pejic, kini tampil sebagai model transgender pertama untuk profil penghias majalah fesyen ternama, Vogue.

Lebih dikenali sebagai Andrej Pejic, bekas lelaki berusia 24 tahun itu sebenarnya pernah muncul dalam pelbagai majalah busana antarabangsa dan kini mula diberi kepercayaan sebagai duta jenama pelbagai produk kecantikan.

Lahir pada 1991 di Tuzla, bandar ketiga terbesar di negara Muslim Eropah itu selepas ibu kota Sarajevo dan Banja Luka; dia pindah dengan keluarga ke Melbourne, Australia pada 1999 ekoran perang saudara di rantau Balkan.

Kisah kejayaannya bukanlah dicapai dengan mudah, malah banyak pengalaman hidup pahit dilalui Pejic termasuk sering dibuli rakan-rakan sekelas di Australia kerana penampilannya waktu kecil agak ‘jambu’ lemah lembut.

“Ingin rasanya saya menghentikan akil baligh. Saya selalu bimbang dengan fizikal kaki dan tangan yang terus membesar, manakala rahang saya yang semakin tegas terbentuk,” ujar Pejic mengimbau zaman kelelakiannya.

Sehinggalah suatu hari ketika berusia 16 tahun, Pejic semasa bekerja di sebuah restoran makanan segera popular McDonald’s di Melbourne, dia kebetulan bertemu pengarah agensi pencari bakat baharu, Chadwick Models.

Dari situ, perjalanan Pejic menjadi seorang peragawan (dibaca: peragawati) bermula kerana memiliki penampilan semula jadi sebagai model androgini (maskulin + feminin; atau ramai salah faham rujuk sebagai metroseksual).

Pejic mencipta sukses menjadi model runway pilihan antarabangsa sehingga sering ‘direbut’ hanya untuk memperagakan busana daripada pereka ternama seperti Jean Paul Gaultier, Jeremy Scott dan Marc Jacobs.

Ironi Pejic masih berasa ada yang kurang lagi dalam naluri dirinya, lantas menyedari dirinya lebih selesa sebagai wanita seutuhnya, akhirnya pada Julai 2014, Pejic nekad menjalani pembedahan pertukaran jantina.

“Pasti ada banyak ayat kesal seperti: ‘Oh! Anda akan kehilangan sesuatu yang istimewa dari dalam diri. Anda tidak akan menjadi semenarik seperti dulu lagi’,” ujar Pejic mengimbau pengorbanan diri buat selama-lamanya.

Bahkan ujarnya, salah sebuah agensi modeling menyatakan Pejic akan lebih berjaya menjadi model androgini berbanding pondan selepas mencipta nama antara sebagai ‘100 Model Menarik’ menerusi majalah Out pada 2011.

Meskipun menimbulkan banyak kontroversi dalam kalangan dalam dunia fesyen mahupun di luar bidang itu, pada akhirnya Pejic mengikut kata hatinya untuk menjadi seorang wanita sepenuhnya daripada kekal ‘pondan jantan’.

Saat ini, dia mengaku bahagia dengan pilihan yang dijalaninya dan menjadi model transgender dalam arena fesyen antarabangsa melenyapkan kisah pahit sebagai pelarian di kem NATO dekat Belgrade, Serbia awal 1990-an.

“Ini yang terbaik untuk saya. Akhirnya saya sedar bahawa gender dan seksualiti begitu rumit dan tidak semudah itu. Ini semua tentang apa yang ditampilkan, namun bukan dari luarnya sahaja,” kata Pejic. – Agensi/A.AMREE

Tags: AustraliaBosniajantanjantinamodelPondanSerbiatransgenderVogue
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Elak Pembaziran Ketika Pertabalan

Next Post

PAFA Buat Laporan Rasmi Kepada FAM Tindakan Penyokong JDT

Related Posts

Polis Gagalkan Cubaan Seludup Syabu RM1.06 Bilion Ke Australia

Polis Gagalkan Cubaan Seludup Syabu RM1.06 Bilion Ke Australia

21/03/2025
0

PELABUHAN KLANG: Polis menggagalkan cubaan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas merampas 33,200 kilogram (kg) dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM1.062...

‘Saya Terpaksa Jadi Model… Akhirnya Dapat RM1 Juta’ – Syed Saddiq

‘Saya Terpaksa Jadi Model… Akhirnya Dapat RM1 Juta’ – Syed Saddiq

18/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen bagi...

Next Post

PAFA Buat Laporan Rasmi Kepada FAM Tindakan Penyokong JDT

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd