• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bantahan Salib Buktikan Akta Hasutan Wajar Dikekal

oleh Ahmad Albab
22/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes bantahan penduduk terhadap lambang salib di Petaling Jaya, Ahad lepas, jelas menunjukkan bahawa Akta Hasutan wajar dikekal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Beliau berkata akta tersebut dapat menjadi perisai untuk mempertahan dan mengekal keharmonian serta perpaduan kaum di negara ini.

“Ia juga isyarat jelas kepada pembangkang bahawa ia (akta) bukan senjata kerajaan kepada mereka. Ini kerana saya difahamkan, ada juga penyokong kerajaan (bantah),” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau mengulas bantahan sekumpulan penduduk terhadap pemasangan lambang salib di luar rumah kedai yang digunakan sebagai gereja di kawasan Taman Medan, Petaling Jaya pada Ahad lepas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berkata polis akan menjalankan siasatan terhadap kumpulan yang telah mengadakan bantahan tersebut dan jika mereka didapati melanggar undang-undang negara, tindakan boleh diambil di bawah Akta Hasutan atau undang-undang sedia ada.

Sementara itu Nancy berkata, daripada sudut undang-undang, Akta Hasutan atau Kanun Keseksaan boleh dikenakan terhadap mereka yang didapati bersalah, namun terpulang kepada pihak Peguam Negara untuk menentukannya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan mengikut perasaan terhadap perkara yang tidak disenangi mereka.

“Hal (ketidakpuasan hati) ini, boleh disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan atau membuat laporan polis, bukan dengan sewenang-wenangnya menunjukkan ketidakpuasan hati mereka terutamanya membabitkan sensitiviti kaum,” katanya. – BERNAMA

Tags: Akta HasutanNancy Shukri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nancy Lancar Jabatan Khusus Isu Kanak-Kanak

Nancy Lancar Jabatan Khusus Isu Kanak-Kanak

06/08/2024
0

Kerajaan telah mengambil langkah penting ke arah meningkatkan perlindungan dan kebajikan kanak-kanak dengan pelancaran rasmi Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) di...

Polis Cadangkan Hadi Dituduh Bawah Akta Hasutan

Polis Cadangkan Hadi Dituduh Bawah Akta Hasutan

04/09/2023
0

Polis akan mencadangkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menuduh Presiden PAS Abdul Hadi Awang bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd