• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K’jaan Tanggung 98% Kos Perubatan Klinik, Hospital K’jaan

oleh Ahmad Albab
09/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan menanggung 98 peratus kos perubatan untuk semua rakyat Malaysia yang mendapatkan rawatan kesihatan di hospital atau klinik kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya kerajaan juga akan terus berusaha memastikan kualiti perkhidmatan yang disediakan di hospital dan klinik kerajaan ditingkatkan dari semasa ke semasa.

“Kerajaan mengambil berat dan amat komited dalam memastikan kesihatan rakyat Malaysia terus terpelihara serta perkhidmatan kesihatan negara terus maju dan berkualiti, tetapi pada masa sama tidak membebankan dan boleh dinikmati rakyat teramai,” katanya menerusi catatan terbaharu bersempena sambutan Hari Kesihatan Sedunia di blognya NajibRazak.com.

Sambutan Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun merupakan kempen yang dianjurkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, bertujuan meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat dunia mengenai isu berkaitan kesihatan.

Perdana Menteri berkata bersempena sambutan itu, beliau menyarankan agar semua rakyat terus mengamalkan budaya hidup sihat seperti beriadah, memakan makanan berkhasiat dan melakukan aktiviti kesihatan agar dapat menghindarkan diri daripada penyakit.

Jelasnya, statistik tahap obesiti di negara ini agak membimbangkan, namun beliau yakin sekiranya rakyat Malaysia semua memainkan peranan bersama dalam mengamalkan budaya hidup sihat, mereka mampu mencegah diri, bukan sahaja daripada obesiti, bahkan banyak penyakit berbahaya lain. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razakubat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cuaca Panas Disebabkan Pemanasan Muka Bumi, Kurang Hujan – MetMalaysia

Ibu Maut Dengan Kesan Tikaman Menjerit-jerit Tak Mahu Makan Ubat

13/04/2023
0

BACHOK – Seorang ibu berpantang selepas melahirkan anak keempat yang ditemui mati di dalam sebuah bilik di rumah ibunya di...

Ubat Baharu Eisai Untuk Alzheimer Didapati Berkesan

Ubat Baharu Eisai Untuk Alzheimer Didapati Berkesan

29/09/2022
0

TOKYO - Pengeluar ubat Jepun, Eisai Co. dan syarikat biofarmaseutikal Amerika Syarikat, Biogen Inc., pada Rabu memaklumkan ubat Alzheimer yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd