• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Kelantan Cukup Bersedia Laksana Hudud

oleh Ahmad Albab
25/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Kerajaan Kelantan pimpinan PAS kini sudah cukup bersedia untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata pihaknya telah membuat persiapan cukup rapi baik dari segi kaedah mahupun prasarana untuk melaksanakan undang-undang itu.

“Kita ada persiapan cukup dan peraturan dah ada, sekarang tunggu lampu hijau.

“Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) telah kemukakan notis untuk membentangkan rang undang-undang persendirian itu di Parlimen tetapi ia
(rang undang-undang lain) terlampau banyak hingga tidak dapat dibentang, kita akan ikhtiar sedaya upaya supaya hudud dapat dilaksanakan,” katanya ketika menyampaikan ceramah penjelasan Hudud serta Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) di Dataran Pasir Pekan, di sini malam tadi.

Ahmad menegaskan bahawa hudud hanya terpakai kepada orang Islam dan orang bukan Islam tidak perlu bimbang dengan pelaksanaan undang-undang itu.

“Ia bukan untuk orang bukan Islam tetapi Islam sahaja, mereka (orang bukan Islam) tidak perlu susah hati kerana tidak berkait dengan mereka.

“Kita mahu lihat kesan dan keberkesanan hudud, macam mana dengan indeks jenayah apabila kita laksanakan tuntutan Allah SWT,” katanya.

Pada 15 April lepas, Pengerusi Teknikal Jawatankuasa Kanun Jenayah Syariah II Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata pihaknya perlu menghantar semula notis untuk membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan rang undang-undang berkaitan hudud itu dibahaskan pada persidangan akan datang.

Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang, sebelum ini mengemukakan notis bagi pembentangan usul berkenaan di Dewan Rakyat pada 18 Mac lepas yang akan membolehkan beliau membentangkan rang undang-undang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membuka laluan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Rang undang-undang persendirian itu dimasukkan sebagai perkara terakhir (No.24) untuk dikemukakan kepada mesyuarat pada 7 April lepas, namun tidak sempat dibentang untuk perbahasan sehingga Dewan Rakyat ditangguhkan pada 9 April.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud pada 19 Mac selepas disokong oleh 44 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk 12 ADUN daripada Barisan Nasional (BN). – BERNAMA

Tags: Ahmad Yakobisu hudud
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hormati Jalur Gemilang, Lambang Kedaulatan Negara

10/08/2017
0

PASIR PUTEH - Jalur Gemilang perlu dihormati dan dikibarkan kerana ia merupakan simbol dan lambang kedaulatan Malaysia yang tercinta, kata...

MB Kelantan Dahului Penerima Darjah Kebesaran Kelantan

12/11/2016
0

KOTA BHARU Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengetuai senarai penerima gelaran kebesaran, darjah kebesaran, bintang, pingat, surat kepujian dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd