• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Buka Pangkalan Hadapan Di Kathmandu

oleh Ahmad Albab
29/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Kerajaan telah membuka sebuah pangkalan operasi hadapan bagi pasukan Malaysia menghulurkan bantuan kemanusiaan dalam Operasi Mencari dan Menyelamat Mangsa (SAR) akibat gempa bumi di Nepal, di kem jurutera bersebelahan Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata seramai 50 orang anggota pasukan Malaysia yang terlibat dalam operasi berkenaan akan bertugas di daerah Hanomandhoka, Kathmandu.

Mereka terdiri daripada enam anggota pasukan perubatan Angkatan Tentera Malaysia, dua pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN), 26 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

“Selain itu pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia (7), MERCY Malaysia (7) dan seorang pegawai Program Makanan Sedunia PBB di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin.

Hishammuddin, yang juga Ketua Penyelaras Jentera Barisan Nasional pada PRK Rompin berkata beliau juga berasa lega kerana pesawat Hercules C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berjaya membawa kembali seramai 102 rakyat Malaysia yang berada di Nepal.

Hishammuddin berkata beliau mendapat maklum balas dari Duta Khas Malaysia ke India, Datuk Seri S.Samy Vellu yang mencadangkan agar satu pusat pengumpulan barangan untuk disalurkan kepada mangsa gempa bumi di Nepal dibuka.

Sehubungan itu kerajaan telah mengaktifkan pusat pengumpulan barangan di Gudang Kargo ke-2 Pangkalan TUDM Subang dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

“Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Kapten Faizal Mohd Nor dan Lt Kolonel Omar Dawami menerusi talian 019-4562271 dan 019-9882494 untuk tujuan tersebut.

“Bantuan boleh berupa barangan keperluan harian mangsa tetapi kita masih menunggu laporan lengkap (daripada wakil kita) berhubung apa yang benar benar diperlukan oleh mangsa di Nepal,” katanya.

Nepal dilanda gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter menggegarkan ibu negara Kathmandu dan bandar Pokhara pada jam 2.56 petang (waktu Malaysia Sabtu lalu.

Tragedi gempa bumi yang dianggap paling buruk melanda Nepal dalam tempoh 81 tahun itu setakat ini telah mencatatkan kira-kira 5,000 kematian dan lebih 8,000 orang cedera. – BERNAMA

Tags: HishammuddinNEPAL
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Malaysia Tidak Jadi Seperti Indonesia Dan Nepal?

Mengapa Malaysia Tidak Jadi Seperti Indonesia Dan Nepal?

16/09/2025
0

Pertama sekali, tidak ada keperluan untuk Malaysia menjadi seperti kedua negara berkenaan. Di Malaysia, secara umum semua rakyat ada kerja...

Isteri Bekas PM Nepal Maut Selepas Rumah Dibakar Perusuh

Isteri Bekas PM Nepal Maut Selepas Rumah Dibakar Perusuh

10/09/2025
0

KATHMANDU: Isteri bekas Perdana Menteri Nepal, Jhalanath Khanal, maut selepas penunjuk perasaan membakar rumah mereka di kawasan Dallu, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd