• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan, Pahang Juara Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-58

oleh Ahmad Albab
28/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Qari Wan Ainuddin Hilmi, dari Kelantan dan qariah Siti Husnaa Hassan, dari Pahang malam tadi dinobat johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-58.

Mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, sebuah Proton Preve, piala pusingan serta pakej menunaikan fardhu Haji, cenderamata dan sijil penyertaan.

Hadiah disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada peserta qari manakala isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyampaikan hadiah kepada peserta qariah di majlis yang berlangsung di Dewan Muktamar, Pusat Islam di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha.

Wan Ainuddin, 32, yang memperdengarkan bacaan surah As-Sabaa bermula ayat 36 memperoleh markah 88.35 peratus manakala Siti Husnaa, 23 (ayat 34, surah An-Nisa’) pula memperoleh 85.01 peratus.

Johan-johan itu akan mewakili negara dalam Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang bakal berlangsung pada 9 hingga 14 Jun depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Sementara itu, qari Abdul Khair Jalil dari Selangor muncul naib johan dengan markah 87.67 peratus manakala qari Azraei Abdul Hak dari Melaka di tempat ketiga dengan markah 87.02 peratus.

Bagi kategori qariah, peserta Sarawak, Roziah Ayup muncul naib johan dengan memperoleh markah 84.34 peratus manakala qariah Selangor, Nur Ruzana Natiah Jaafar tempat ketiga dengan 82.35 peratus.

Naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima wang tunai RM20,000 dan RM15,000 selain RM4,500 kepada penerima saguhati.

Johan keseluruhan pula diraih peserta dari Pahang yang mendapat markah sebanyak 85.51 peratus. Markah johan ini merupakan markah purata peserta qari dan qariah sesebuah negeri.

Majlis tilawah selama enam hari bermula Isnin lepas itu bertemakan ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’, menghimpunkan 28 peserta merangkumi 14 qari dan 14 qariah dari setiap negeri.

Terdahulu, Othman dalam ucapan penutup mengajak masyarakat di negara ini kembali memahami dan menghayati konsep perpaduan serta kesatuan sebagai resepi utama mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Katanya, nilai-nilai perpaduan adalah wajar dihayati sepenuhnya demi kelangsungan serta kejayaan negara.

“Kita juga perlu menghayati konsep Wasatiyyah agar menjadi umat yang saling bertolak ansur, hormat menghormati dan menjadi umat contoh,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tilawah Al-Quran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lesen Kontraktor Gred G1 Dibuka Mei

Next Post

Masalah Kesihatan Tak Halang Qari Kelantan Muncul Johan

Related Posts

Wan Ainuddin Hilmi Meninggal Dunia

20/10/2021
0

KOTA BHARU: Johan qari tilawah dan menghafaz al-Quran peringkat antarabangsa ke-58 pada 2016, Wan Ainuddin Hilmi Abdullah meninggal dunia pada...

Qari Kelantan, Qariah Perak Johan Tilawah Al-Quran Kebangsaan

22/02/2020
0

KOTA KINABALU - Qari dari Kelantan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dan qariah dari Perak, Puteri Kalimatul Azzua Hamid masing-masing dinobatkan...

Next Post

Masalah Kesihatan Tak Halang Qari Kelantan Muncul Johan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd