• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keberhasilan Dibawa Pembangkang Di Permatang Pauh Boleh Dipersoal

oleh Ahmad Albab
22/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun berkata tahap keberhasilan yang dibawa oleh wakil rakyat pembangkang di kawasan Parlimen Permatang Pauh susulan beberapa pilihan raya kecil (PRK) lepas, boleh dipersoalkan.

Beliau berkata berdasarkan hakikat itu, pengundi di kawasan berkenaan seharusnya memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk merampas kerusi Permatang Pauh dalam PRK yang dijadualkan 7 Mei ini.

“Kita harap pengundi di Permatang Pauh akan melihat kepada soal masa depan mereka berdasarkan keberhasilan (yang tidak seberapa) itu dan melihat BN sebagai alternatif kepada mereka,” katanya dalam temu ramah bersama media di sini Rabu.

Najib, yang juga Pengerusi BN dan Presiden UMNO, menjangka PRK Permatang Pauh akan lebih sengit berbanding PRK Parlimen Rompin di Pahang.

Namun, katanya, BN akan mencuba sedaya upaya untuk memenangi kerusi Parlimen di Pulau Pinang itu.

PRK Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja bagi anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipohon melalui anggota keluarganya.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK Permatang Pauh 7 Mei, penamaan calon 25 April manakala pengundian awal 3 Mei.

Menyentuh PRK Rompin yang ditetapkan pada 5 Mei, Najib berkata BN tidak akan memandang mudah cabaran pihak lawan.

Perdana Menteri bagaimanapun yakin BN boleh menunjukkan prestasi menggalakkan pada PRK Rompin dan seterusnya mengekalkan kerusi Parlimen itu berdasarkan kerja keras semua pihak dalam parti.

“BN telah membuat persiapan yang rapi, jentera pilihan raya kita di kedua-dua kawasan, kesiapsiagaan mereka baik dan semangat mereka tinggi, malah kerja-kerja awalan telah mereka lakukan.

“Soalnya sama ada kita boleh tambah majoriti di Rompin …(kita) jangan anggap mudah,” kata Najib.

PRK Parlimen Rompin diadakan selepas penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor, pada 4 April lalu.

Ia menyaksikan pertandingan satu lawan satu iaitu antara calon BN Datuk Hasan Arifin dan calon PAS Nazri Ahmad. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakPRK Permatang Pauh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd