• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaji Bina Pagar Baharu Sempadan Malaysia-Thailand

oleh Ahmad Albab
09/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji untuk membina pagar baharu bagi menggantikan pagar lama di kawasan sempadan Malaysia-Thailand, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, ini bagi menggantikan pagar sepanjang 129 kilometer yang dibina di sempadan negara melibatkan tiga negeri iaitu Perlis, Kedah dan Kelantan.

Menjawab soalan Datuk Mohd Johari Baharom (BN-Kubang Pasu), Shahidan berkata, kerajaan perlu mengambil kira spesifikasi dan kos yang terlibat dalam pembinaan pagar baharu itu.

“Pembinaan pagar sempadan khususnya di sempadan Malaysia-Thailand perlu dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak Thailand melalui Jawatankuasa Bersama Malaysia-Thailand yang bertanggungjawab memutuskan mekanisme pembinaan pagar sama ada secara bersama atau unilateral.

“Mesyuarat jawatankuasa itu telah berlangsung pada 9-11 Mac lepas di Bangkok. Thailand menyatakan hasrat bagi konsep ‘co-management’ dalam pengurusan sempadan Malaysia-Thailand. Proses rundingan masih berjalan antara kedua-dua negara dalam kenal pasti konsep ‘co-management’ berdasarkan kepada kesesuaian semasa,” katanya.

Mohd Johari bertanya bilakah kerajaan akan membina tembok bagi menggantikan pagar kawat sedia ada di sempadan Malaysia-Thailand terutama di kawasan kritikal yang telah dikenal pasti sebagai tempat penyeludupan.

Beliau juga mahu tahu bila kerajaan akan memasang mesin pengimbas canggih di pintu masuk negara supaya setiap kenderaan yang keluar masuk negara ini dapat diimbas sepenuhnya.

Menjawab soalan tambahan Mohd Johari, sama ada kerajaan akan memasang CCTV di sempadan negara itu, Shahidan berkata, sehingga kini terdapat 31 CCTV yang dipasang di sempadan dua negara sepanjang 5.3 kilometer bermula dari Bukit Kencana hingga Chuping, Perlis.

Di sempadan Kelantan pula, walaupun pagar belum dibina tetapi penguatkuasaan di kawasan itu sentiasa dipertingkatkan, termasuk dalam membendung sebarang aktiviti penyeludupan senjata, kata Shahidan ketika menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusoff (Pas-Rantau Panjang).

Berhubung pemasangan mesin pengimbas kenderaan di kawasan sempadan, Shahidan berkata, mesin pengimbas telah sedia dipasang di kawasan tempat masuk lori kontena dan kenderaan berat, manakala bagi kenderaan persendirian, ia sedang dalam perancangan.

“Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah mula menggunakan mesin pengimbas kargo sejak 2001 dan sehingga April 2015, terdapat 16 unit mesin pengimbas yang beroperasi,” katanya.

Kastam kini dalam usaha berterusan membaiki dan menggantikan mesin pengimbas lama yang sering rosak serta menambah bilangan dan lokasi pemasangan mesin di pelabuhan dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) seluruh negara.

“Bagi 2015, Kastam sedang memasang dua unit mesin baharu di Pasir Gudang dan CIQ Tanjung Kupang (import) dan akan memasang dua lagi unit di Pelaburan North Butterworth Container Terminal dan CIQ Tanjung Kupang (eksport).

“Kastam juga dijangka memperoleh lapan unit mesin baharu dan akan memutuskan lokasi pemasangan apabila mesin-mesin tersebut diterima,” katanya. – BERNAMA

Tags: MalaysiaThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Hanya 48 peratus sumber minyak mentah datang dari Malaysia, manakala 38 peratus bergantung kepada laluan Selat Hormuz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd