• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Terpengaruh Hasutan Pembangkang – Ismail

oleh Ahmad Albab
26/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Pengundi dinasihati supaya jangan terpengaruh dengan hasutan pembangkang dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, 7 Mei ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata pengundi seharusnya menggunakan kebijaksanaan mereka memilih seorang wakil rakyat yang dapat berkhidmat untuk mereka.

Katanya, pembangkang memberikan maklumat yang tidak benar tentang pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) supaya rakyat membenci kerajaan.

“Dalam sepanjang karier politik, saya tidak nampak mana-mana parti selain BN dapat memerintah dan memberikan pembangunan kepada sesebuah kawasan dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas majlis menyampaikan sumbangan Perkeso dan Jabatan Tenaga Kerja kepada penduduk di Berapit, di sini hari ini.

Katanya, beliau yakin kerajaan BN akan memberikan kelebihan dari segi pembangunan infrastruktur kepada penduduk di sini selepas 17 tahun diwakili calon PKR.

“BN sudah tentu akan menyediakan peluang pekerjaan berkemahiran yang lebih supaya penduduk dapat menikmati mutu kehidupan yang lebih selesa,” katanya.

Ditanya tentang calon PKR, Ismail, yang anggota Parlimen Maran, berkata mereka menggunakan calon kitar semula seolah-olah tiada orang lain dalam parti itu.

PRK Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru dengan calon BN, SuhaimiSabudin, akan ditentang calon PKR, Datuk Seri Dr wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden parti itu, Azman Shah Othman daripada Parti Rakyat Malaysia, serta calon Bebas, Salleh Isahak.

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan ketua umum PKR itu hilang kelayakan sebagai wakil rakyat. – BERNAMA

Tags: PRK Permatang Pauh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

13 Peserta Program Kayuhan KE7B Di Nepal Selamat

Next Post

Presiden Jokowi Tiba Untuk Sidang Kemuncak ASEAN Ke-26

Related Posts

Lim Kit Siang Sokong Wan Azizah Jadi Ketua Pembangkang

11/05/2015
0

KETUA parti DAP Lim Kit Siang menerusi laman blognya hari ini menzahirkan sokongannya terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan...

PRK Rompin & Permatang Pauh: Kejutan Peringatan Untuk BN

08/05/2015
0

KUALA LUMPUR - Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Rompin dan Permatang Pauh dilihat sebagai 'wake-up call' atau kejutan...

Next Post

Presiden Jokowi Tiba Untuk Sidang Kemuncak ASEAN Ke-26

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd