• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Perbesarkan Isu Perkauman Dan Agama – KPN

oleh Ahmad Albab
21/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak memperbesarkan isu sensitiviti agama dan kaum.

“Saya menyeru semua pihak termasuk media agar tidak menghangatkan lagi isu ini … ia berkait dengan agama dan kaum, dan amat sensitif.

“Kalau kita semua sengaja mempermainkan isu ini, tidak mendatangkan kebaikan kepada mana-mana pihak,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian berhubung lambang salib di sebuah gereja di Taman Medan, Petaling Jaya baru-baru ini.

Khalid memberi jaminan segala laporan berhubung isu itu akan disiasat tanpa bersifat berat sebelah dalam menguatkuasakan undang-undang.

“Saya tidak risau kalau abang (terbabit dalam bantahan itu) saya juga akan diambil tindakan atas apa juga kesalahan (jika ada) … saya amat profesional dalam hal ini … tidak mencampuri urusan siasatan yang dijalankan oleh pihak polis Selangor.

“Jadi, jangan cuba mainkan sentimen ini, takut ada pihak yang akan mengambil tindakan yang di luar jangkaan … isu ini sudah beransur reda, cukuplah,” katanya.

Baru-baru ini, simbol salib di sebuah gereja di Taman Medan telah diturunkan atas permintaan masyarakat dan dipersetujui oleh pastor (gereja) itu.

Kehadiran abang Khalid yang merupakan ketua masyarakat di kawasan itu dikatakan bagi menenangkan orang ramai daripada menjadi agresif dalam perhimpunan membantah simbol salib di gereja berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Khalid meminta kepada penganjur perhimpunan Bantah GST pada 1 Mei ini, agar berhubung dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi bagi mendapatkan kebenaran lokasi yang dipersetujui.

“Mereka (penganjur perhimpunan) perlu memberikan kerjasama pada pihak polis … seperti perhimpunan yang berlaku di Padang Merbuk lepas, ia merupakan contoh amat baik dan boleh diikuti semua.

“Saya harap lokasi perhimpunan haruslah dipersetujui oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dan setelah mendapat kebenaran DBKL, polis memberi kerjasama sepenuhnya dalam memastikan perhimpunan ini berjalan lancar dan selamat,” katanya.

Khalid berkata jika keadaan sebaliknya berlaku, penganjur mesti bersedia menghadapi tindakan undang-undang.

Pada majlis itu, Ketua Polis Johor Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff, hari ini secara rasmi dilantik sebagai Pengarah JSJN Bukit Aman yang baharu.

Beliau mengambil alih jawatan itu daripada Datuk Haris Wong Abdullah yang memangku jawatan berkenaan sejak lima bulan lalu.

Sebelum ini, jawatan JSJN disandang Datuk Seri Nor Rashid Ibrahim, yang kemudian dinaikkan pangkat kepada Timbalan Ketua Polis Negara. – BERNAMA

Tags: khalid abu bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Hamid Bador, Kini Khalid Abu Bakar Pula

05/05/2021
0

PADA 22.4.2021 bekas Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar telah hantar surat tuntutan (LOD) kepada Tun M. Ia ekoran...

Khalid Abu Bakar Saman Mahathir, Tuntut RM10 Juta

04/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan undang-undang ke atas Tun Dr Mahathir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd