• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Salib Diserah Kepada Peguam Negara Untuk Tindakan

oleh Ahmad Albab
23/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kes bantahan penduduk terhadap lambang salib di Petaling Jaya, Ahad lepas akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata Peguam Negara akan menentukan sama ada kes itu boleh didakwa di bawah Akta Hasutan atau sebaliknya.

“Penilaian sama ada (mereka terbabit) melakukan kesalahan, itu bukan soal polis dan bukan soal individu tertentu, ia adalah soal yang diserah bulat-bulat kepada Peguam Negara.

“Satu, mesti ada laporan, yang kedua ada penyiasatan (pihak polis), dan penyiasatan itu lengkap, kertas siasatan itu dimajukan kepada Peguam Negara (untuk buat keputusan),” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau mengulas bantahan sekumpulan penduduk terhadap pemasangan lambang salib di luar rumah kedai yang digunakan sebagai gereja di kawasan Taman Medan, Petaling Jaya Ahad lepas.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi dipetik sebagai berkata, peserta demonstrasi itu boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan kerana ia melibatkan sensitiviti agama.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tiada unsur jenayah berhubung isu menurunkan simbol salib di sebuah gereja di Taman Medan itu.

“Salib itu diturunkan atas permintaan masyarakat dan telah dipersetujui pastor (gereja itu) dan tiada kekerasan digunakan semasa menurunkan salib berkenaan, ” katanya.

Khalid turut menegaskan pihak polis tidak akan bersikap berat sebelah dalam menguat kuasa undang-undang sekiranya terdapat sebarang perkara yang melanggar undang-undang. – BERNAMA

Tags: salib
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salib: MCA Dakwa DAP Mahu Jaga Hati Orang Melayu

19/11/2021
0

Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon mendakwa DAP telah memadamkan lambang salib dari gambar Gereja Christ Melaka untuk menjaga hati...

Enakmen Sekat Sebar Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam

01/05/2019
0

GEORGE TOWN - Wakil tunggal PAS di Pulau Pinang semalam meminta kerajaan negeri menggubal undang-undang bagi menghalang penyebaran agama bukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd