• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Rasuah

oleh Ahmad Albab
13/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Seorang inspektor polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah, tahun lepas.

Mohd Shulul Azmil Shuaibon, 32, yang bertugas di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Baharu Selatan didakwa meminta suapan RM3,500 daripada orang awam, Azman Mat Zain di cawangan itu pada kira-kira 5.25 petang, 13 Jan 2014.

Ia sebagai dorongan iaitu pertolongan yang dicadangkan dengan cara sama ada Azman dikenakan pertuduhan lebih ringan atau tidak menuduh Azman di mahkamah atas kesalahan menyebabkan kematian dalam satu kes kemalangan jalan raya pada 5 Nov 2012.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Shulul Azmil didakwa menerima suapan wang tunai RM3,000 daripada Azman sebagai dorongan yang sama, di lokasi sama, antara 7 malam dan 7.50 malam, 15 Jan 2014.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) dan 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohamad Haldar Abd Aziz membenarkan Mohd Shulul Azmil diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Ridzuan Abd Malik manakala tertuduh diwakili peguam Rosli Kamaruddin. – BERNAMA

Tags: polisrasuah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

GAMBAR: Majlis Persandingan Diraja Anak Sultan Brunei

Next Post

Awal Ashaari Sering Guna Khidmat Teksi Lepas Kemalangan

Related Posts

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

27/05/2025
0

MELAKA – Polis Melaka sedang menyiapkan kertas kerja bagi cadangan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum dibentangkan kepada kerajaan...

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

27/05/2025
0

GERIK – Polis Perak mendedahkan terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi dan memanipulasi waris mangsa anggota Pasukan Simpanan...

Next Post

Awal Ashaari Sering Guna Khidmat Teksi Lepas Kemalangan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd