• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasil GST Tidak Akan Disalah Guna – Hasan Malek

oleh Ahmad Albab
11/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata wang yang dikutip melalui pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak akan disalah guna.

Beliau menegaskan wang tersebut akan digunakan bagi membina jalan raya, masjid, surau, kuil, sekolah, pembangunan modal insan, pendidikan dan membaik pulih infrastruktur.

“Setelah 11 hari GST dilaksanakan, rakyat didapati dapat menerimanya tetapi dikelirukan oleh pihak tertentu terutama pembangkang semata-mata untuk meraih sokongan pengundi.

“Memang dasar pembangkang, apa yang kerajaan buat semuanya tak kena,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penerangan Isu Semasa dan Ramah Mesra Bersama Ahli Kelab Pengguna dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di sini, hari ini.

Ditanya mengenai pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa GST tidak sesuai dilaksanakan pada masa ini, Hasan berkata ia adalah hak Dr Mahathir untuk memberikan pandangan tersebut.

“Tun Dr Mahathir mungkin arif hal-hal luar negara tetapi perlu diingat bahawa 170 negara telah melaksanakan GST,” katanya, sambil mengingatkan peniaga agar tidak menipu rakyat untuk mendapat untung yang lebih melalui GST.

Hasan meminta pengguna yang ditipu oleh peniaga supaya membawa kes mereka kepada Tribunal Tuntutan Pengguna, selain membuat aduan kepada pihaknya untuk membuat siasatan.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perlis Datuk Sabry Ahmad. – BERNAMA

Tags: GSTHasan Malek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

18/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan menyatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd