• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasan Bukan Orang Asing Kepada Kami – Penduduk Rompin

oleh Ahmad Albab
18/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Tepukan gemuruh dan sorakan orang ramai semasa nama pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin, Datuk Hasan Arifin diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin mencerminkan ‘penerimaan’ masyarakat terhadap beliau.

Keperibadian Hasan, 62, yang mudah didekati dan sentiasa tersenyum menjadi kenangan penduduk sekitar Rompin, memandangkan beliau pernah menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Rompin dari 1982 hingga 1990 dan Ibam pada 1990 hingga 2004.

Bagi suri rumah Hamidah Hasan, 58, beliau tidak pernah menyangka seorang Adun boleh bersifat begitu santai dan tidak mengharapkan layanan istimewa semasa ‘membuat kunjungan mengejut’ di rumahnya di Desa Melor, dekat sini bagi menghadiri satu kenduri suatu ketika dulu.

“Beliau makan bersama tetamu lain. Semasa kenduri juga ramai tetamu mengambil peluang mengajukan masalah yang dihadapi. Beliau tetap melayan mereka walaupun semasa itu sedang makan,” katanya kepada Bernama semasa ditemui selepas majlis pengumuman calon BN dan penyerahan watikah untuk PRK Rompin di sini, hari ini.

Pengumuman dilakukan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan lebih 1,000 orang ramai termasuk anggota Puteri, Wanita, Pemuda dan parti komponen BN.

Perkara itu diakui Rosehabibah Abu, 48, dari Desa Dahlia di sini, yang menyifatkan Hasan sebagai ‘wakil rakyat sejati’ kerana tetap meneruskan khidmat membantu masyarakat walaupun tidak menjawat sebarang jawatan.

Hasan tidak ‘lokek’ untuk mengeluarkan wang daripada poket sendiri apabila dihampiri oleh penduduk kampung, khususnya jika tujuan wang itu adalah untuk persekolahan anak atau bayaran perubatan, katanya.

Bagi Orang Asli Sewan Ahmad, 71, beliau berkata Hasan bukan orang asing dalam masyarakat Orang Asli dan sifat murah hati Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis terhadap masyarakat Orang Asli, pasti akan diteruskan oleh Hasan.

“Kami sedar tidak semua orang boleh ‘masuk’ dengan masyarakat kami. Sebab itu, apabila kami mendapat seorang pemimpin yang baik, kami akan setia. Sudah pasti pilihan kepimpinan parti adalah individu yang setanding dengan Jamaluddin,” katanya.

Bagi Asiah Bogi, 47, Orang Asli dari Kampung Kedaik Asal, dekat sini berkata beliau sudah lama mengenali Hasan dan menyenangi peribadi beliau, menyebabkan beliau yakin BN akan dapat mengekalkan kemenangan atas faktor ‘pemilihan calon yang tepat’.

Bagi Molhd Redzuan Mahayadi, 32, dari Felda Keratong 2 di sini, beliau telah lama mendengar nama Hasan disebut-sebut, walaupun ketika itu beliau masih bersekolah.

“Jika nama disebut, sudah pastilah orang itu mendapat tempat yang istimewa di hati dan telah berbudi, sehingga masyarakat tidak boleh melupakannya,” katanya.

PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandang kerusi berkenaan, Tan Sri Dr Jamaluddin, yang juga pengerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada Mei 2013, Jamaluddin mengekalkan kerusi yang disandang beliau selama 23 tahun setelah mengalahkan bekas ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi. – BERNAMA

Tags: PRK Rompin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK Rompin & Permatang Pauh: Kejutan Peringatan Untuk BN

08/05/2015
0

KUALA LUMPUR - Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Rompin dan Permatang Pauh dilihat sebagai 'wake-up call' atau kejutan...

Pemuda PAS Perak Puas Hati Walau Tewas

06/05/2015
0

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak mendakwa tetap berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd