• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Pakej Jalur Lebar Turun 11-57 Peratus

oleh Ahmad Albab
16/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Harga pakej jalur lebar asas yang ditawarkan beberapa syarikat telekomunikasi akan mengalami pengurangan antara 11 dan 57 peratus tidak lama lagi, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata komitmen itu melibatkan syarikat telekomunikasi Celcom, DiGi, U Mobile, Maxis, Telekom Malaysia (TM) dan TIME.

“Lebih ramai rakyat di Malaysia akan dapat menikmati kemudahan jalur lebar dengan harga lebih murah,” katanya dalam sidang media bagi mengumumkan perkara itu di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata pelanggan akan menikmati pengurangan kos berkenaan dalam tempoh antara sebulan dan dua bulan mulai sekarang memandangkan syarikat terbabit perlu menyelaraskan sistem mereka dan TM memerlukan lebih masa bagi menyelesaikan beberapa proses berkaitan.

Menurut beliau pakej mudah alih ditawarkan pada harga RM25 bagi langganan bulanan sebanyak 1GB dan sekurang-kurangnya 3G HSPA untuk kedua-dua perkhidmatan prabayar dan pasca bayar.

“Pengurangan ini dianggarkan 14 peratus lebih rendah secara purata daripada harga semasa,” katanya.

Bagi perkhidmatan tetap, TM menawarkan pakej jalur lebar asas pada harga RM38 sebulan untuk 1Mbps penggunaan data percuma sehingga 1GB, iaitu 57 peratus lebih rendah daripada harga semasa iaitu RM88 untuk pakej asas.

Ahmad Shabery bagaimanapun mengingatkan syarikat telekomunikasi agar menjaga kualiti perkhidmatan yang diberikan seiring dengan penurunan harga jalur lebar itu.

“Kita mahu mereka melihat semula pelaburan yang mereka lakukan untuk tingkatkan keupayaan mereka, apa guna murah kalau perkhidmatan yang diberikan tidak bagus,” katanya.

Beliau juga berharap agar modal perbelanjaan yang diperuntukkan untuk pembangunan infrastruktur termasuk proses ‘fiberization’ diteruskan dan mengikut tanda aras nisbah pelaburan global iaitu sebanyak 16 peratus daripada modal perbelanjaan mereka.

Beliau berkata kos jalur lebar di negara ini merupakan antara yang paling kompetitif dalam kalangan negara ASEAN kecuali Singapura dan Brunei.

“Kita tidak boleh membandingkan dengan Singapura kerana negara mereka kecil dan tidak perlu memasang kabel bawah laut seperti di Sabah dan Sarawak, namun apa yang kita mahu adalah untuk memastikan kita sentiasa di hadapan berbanding negara serantau,” katanya. – BERNAMA

Tags: Jalur lebar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PKP Punca Aliran Trafik Internet Tinggi?

09/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Peningkatan dalam penggunaan persidangan video, pembelajaran dan aktiviti membeli-belah melalui internet telah menyumbang kepada peningkatan permintaan jalur...

Harga Jalur Lebar Tidak Dikurangkan

21/02/2019
0

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengumumkan bahawa harga jalur lebar tidak akan dikurangkan lagi pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd