• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Kerang Naik RM3 Jadi RM7.50 Setengah Piring

oleh Ahmad Albab
15/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebuah restoran di Subang Jaya, Selangor bakal berhadapan tindakan mahkamah kerana menaikkan harga kerang daripada RM3 sepiring kepada RM7.50 setengah piring dengan menggunakan alasan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata, kes itu adalah satu daripada 18 kes yang sedang disiasat di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan akan dihantar kepada timbalan pendakwa raya minggu depan.

Menurutnya sembilan kes dikenal pasti di Melaka, Pulau Pinang (tiga), Kuala Lumpur (tiga), Selangor (dua) dan Putrajaya (satu).

“Ketiga-tiga kes di Kuala Lumpur melibatkan peniaga gagal menjawab notis tunjuk sebab. Di Putrajaya pula ada peniaga naikkan harga kacang bendi daripada RM12.50 kepada RM18.50 sekilogram.

“Di Melaka enam kes melibatkan peniaga menaikkan harga peti ais. Ada yang naik daripada RM2,999 kepada RM3,129 selepas GST dilaksana,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Alias berkata, jika sabit kesalahan individu boleh didenda RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya atau denda RM500,000 ke atas syarikat.

Mengenai caj perkhidmatan, beliau berkata KPDNKK melalui Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan memulakan siasatan di bawah Akta Persaingan untuk mengenal pasti jika terdapat elemen pakatan dalam kalangan syarikat untuk menetapkan kadar caj itu.

“Kalau ada pakatan dalam kalangan persatuan atau peniaga menetapkan misalnya 10 peratus caj perkhidmatan, mereka akan tertakluk kepada Akta Persaingan.

“Mereka sepatutnya bebas untuk tetapkan caj itu mungkin empat, lima atau enam peratus. Tetapi kita nampak semua tetapkan 10 peratus (kadar maksimum),” jelasnya.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan syarikat boleh dikenakan denda maksimum 10 peratus daripada keseluruhan perolehan global mereka.

Sementara itu, Alias berkata, pertemuan dengan wakil persatuan hotel dan restoran pula akan diselesaikan pada minggu ini dan laporannya dijangka dikemukakan kepada jemaah menteri hujung bulan ini.

KPDNKK juga telah mengeluarkan sebanyak 61 notis berkaitan caj perkhidmatan daripada 698 pemeriksaan ke atas premis perniagaan dari 8 hingga 14 April. – BERNAMA

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

18/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan menyatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd