BELUM pun reda isu Sharnaaz Ahmad yang tidak puas hati dengan kemenangan pesaingnya, timbul pula kisah yang melibatkan pengarah dan pelakon Hans Isaac yang berani mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial seolah-olah cuba memerli pemenang Anugerah Bintang Popular Bintang Harian (ABPBH) 2014.
Tidak tahu siapa dan apa tujuannya, namun kata-kata Hans Isaac yang cukup mendalam ini seolah-olah membawa erti 1001 maksud kepada selebriti yang ingin dituju.
Ayat yang berbunyi:
Tahun depan saya nak beli 300,000 darab 80 sen surat khabar dari Berita Harian dan undi Awie untuk menang Artis Paling Popular. Tapi cakap fan club undi okey!
Tambah pedas, Hans menerusi kapsyen memberi cadangan sanggup mengupah ahli peminat agar memberi sokongan dan menjerit pada anugerah tersebut.
https://instagram.com/p/1HL3HOrtj3/?taken-by=hansisaac

Hans yang dimuat naik gambar status berkenaan dalam laman Instagram dan Twitternya menerima pelbagai reaksi  daripada peminatnya.
Meskipun, nama Awie diguna pakai sebagai contoh namun ucapan pedas itu membuatkan peminat hiburan mula berteka-teki mengenai individu yang dimaksudkan.
Sudah tentu, nama Shaheizy Sam paling kuat dikaitkan selepas sekali lagi berjaya merangkul gelaran Artis Paling Popular dalam anugerah gilang gemilang yang berlangsung minggu lalu.
Namun persoalan hanya tinggal persoalan kerana hanya Hans sendiri mengetahui selebriti yang dimaksudkan. – MYNEWSHUB.CC