• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadi Awang Terus Dapat Sokongan Kekalkan Jawatan

oleh Ahmad Albab
12/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – PAS Kawasan Kuala Langat dan Sabak Bernam menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi mengekalkan jawatannya sebagai presiden parti itu pada pemilihan PAS, Jun depan.

Kedua-dua kawasan itu turut mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon Timbalan Presiden dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang berlangsung hari ini.

Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Langat Datuk Dr Ahmad Yunus Khairi berkata, Abdul Hadi dilihat calon yang layak dan disebabkan faktor itu beliau masih diberi kepercayaan penuh untuk memimpin parti.

“Kawasan Kuala Langat masih lagi mahu mengekalkan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi sebagai presiden apabila sebulat suara memilih beliau dalam mesyuarat hari ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

PAS Kawasan Kuala Langat turut menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Samad sebagai calon naib presiden dan dua calon lain iaitu Idris Ahmad dan Nasarudin Hassan Tantawi.

Sementara itu, PAS kawasan Sabak Bernam mencalonkan Sallehuddin Ayub untuk terus kekal sebagai naib presiden parti.

Yang Dipertua PAS kawasan Sabak Bernam Sallehen Mukhyi berkata selain Sallehuddin calon lain yang diundi ialah Iskandar dan Nasarudin. – BERNAMA

Tags: Hadi AwangPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menafikan dakwaan partinya dan BERSATU bersetuju untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd