• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST: 49,403 Premis Diperiksa Hingga Semalam

oleh Ahmad Albab
08/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memeriksa 49,403 premis perniagaan dari 1 hingga 7 April lepas bagi memantau pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan awal bulan ini.

Timbalan Menteri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, dalam 81 operasi bersepadu itu yang dijalankan bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia, sebanyak 320 notis dikeluarkan dan 119 kes dicatat.

“Kita menjalankan penguatkuasaan bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan”, katanya menjawab soalan Anyi Ngau (BN-Baram) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Anyi bertanya mengenai tindakan yang diambil kementerian bagi memantau premis perniagaan supaya tidak menaikkan harga barangan selepas pelaksanaan GST.

Ahmad Bashah berkata dalam tempoh sama, sebanyak 2,893 aduan diterima melalui laman web kementerian, 4,343 di laman Facebook dan Twitter serta 2,631 aduan daripada talian ‘hotline’ 24 jam.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata sebanyak 335,647 premis diperiksa dalam Ops Catut dari 15 Januari hingga 4 Mac lepas.

Dalam pemeriksaan itu, sebanyak 1,185 kes direkodkan membabitkan rampasan bernilai RM384,834.62 dan kompaun sebanyak RM235,986.70.

“Ia melibatkan kesalahan tidak meletak tanda harga, kekeliruan harga serta penggunaan alat timbang yang tidak sah,” katanya. – BERNAMA

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

18/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan menyatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd