• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST: 40% Aduan Tentang ‘Top-Up’, Telco Diberi Amaran

oleh Ahmad Albab
03/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 815 aduan diterima mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sehingga semalam, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Foto BERNAMA
Foto BERNAMA

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata daripada jumlah itu, 40 peratus merupakan aduan mengenai pembelian kad tambah nilai prabayar telefon yang turut dikenakan caj GST.

“Pada ketika saya menjawab soalan ini, pihak Kastam Diraja Malaysia telah memanggil syarikat telekomunikasi untuk memberi keterangan mengenai aduan yang diterima ini.

Jika mereka berdegil tidak mahu mengikut arahan, maka kita akan bawa kes ini ke mahkamah dan ianya akan jadi kes pertama sekiranya masih berdegil,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Datuk Sapawi Amat Wasali (BN-Sipitang).

Sapawi ingin mengetahui jumlah aduan yang diterima setelah GST dilaksanakan semalam di seluruh negara memandangkan rata-rata rakyat negara ini memuat naik resit pembelian kad tambah nilai prabayar telefon yang dikenakan caj GST di laman media sosial.

Ahmad menasihatkan pembeli menyimpan resit pembelian dan pergi semula ke mana-mana premis perniagaan bagi membuat tuntutan bayaran balik wang yang telah dibayar semasa membeli kad tambah nilai prabayar telefon.

Kepada soalan tambahan yang diajukan Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) mengenai tindakan sesetengah syarikat memecahkan akaun bagi mengelak membuat pendaftaran GST, Ahmad berkata: “Strategi yang mereka ambil itu silap”.

Katanya, apabila akaun syarikat dipecahkan bagi mengelak untuk mendaftar GST kerana mempunyai pendapatan tahunan di bawah paras RM500,000, maka syarikat berkenaan tidak boleh menuntut cukai input.

“Kalau tidak boleh tuntut, maka kos perniagaan mereka akan meningkat enam peratus berbanding pesaing mereka yang mendaftar GST,” katanya.

Ahmad berkata sehingga semalam, sebanyak 364,862 syarikat telah mendaftar GST.

Mengenai bil perkhidmatan penyelenggaraan rumah kos rendah, Ahmad berkata ianya dikecualikan GST namun tidak bagi mereka yang tinggal di kawasan komuniti berpagar dan perumahan mewah.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) yang ingin tahu sama ada bil perkhidmatan penyelenggaraan rumah kos rendah dikenakan GST.

“Sekiranya ada mana-mana Badan Pengurusan Bersama (JMB) mengenakan GST, maka pengguna boleh lapor ke talian GST 1300-888-500,” kata Ahmad.

Beliau berkata menerusi promosi penerangan GST, maklum balas daripada orang ramai turut dikumpul dan majoriti mengakui bahawa kesedaran mengenai cukai itu sudah meningkat berbanding sebelum ini.

– BERNAMA

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

VIDEO: Sesapa Pun Cabut Kalau Kena Prank Zombie Camni!

Next Post

Jawatankuasa Khas Dicadang Tangani Propaganda IS

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

18/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan menyatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan...

Next Post

Jawatankuasa Khas Dicadang Tangani Propaganda IS

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd