• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Bekalan Air Di Sebahagian Tampin Pada 7 April

oleh Ahmad Albab
03/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sebahagian kawasan Tampin akan mengalami gangguan bekalan air selama 16 jam mulai 8 pagi, 7 April ini berikutan kerja-kerja pencucian dan penyelenggaraan loji rawatan air Dangi, Tampin.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) Norzita Ismail berkata kawasan terlibat ialah Taman Indah (Fasa 1&2), Taman Clonlee (1,2,3), Taman Tunku Besar, Taman Bukit Indah, Taman Mutiara, Taman Minang, Taman Batu Belang, Kampung (Kg) Batu Belang, Taman Bukit Ria, Taman Baru Clonlee, Pekan Tampin, Jalan Seremban, Sekolah (Sek) Kebangsaan (Keb) Tamil, Sek Tunku Besar Tampin dan Hospital Tampin.

“Selain itu, Tampin Square, Pasar Tampin, Kg Jeram Repah, Pusat Serenti, Taman Rekreasi, Pekan Gemencheh, Taman Orked, Taman Pekan Gemencheh, Kg Sri Gemencheh, Taman Datuk Taha, Taman Asahan Indah, Taman Sri Asahan, Taman Nuri, Taman Impian Canggih, Taman Molek, Kg Sri Gemencheh, Maahad Ahmadi, Institut Tahfiz Al-Quran dan Taman Muhibbah.

“Turut terlibat ialah Rumah Rakyat Kg Tengah Gedok, Industri Kecil Gemencheh, Kg Baru Gedok, Ladang Hock Teck, Kg Tengah Gedok, Kg Baru Dangi, Kg Langkap, Taman Gemencheh Height, Taman Gembira, Taman Merak, Taman Sri Intan, Taman Semarak, Taman Yu Yi, Kg Sungai (Sg) Jernih, Rumah Rakyat Gemencheh 2, Kg Jelawai, Taman Sentosa, Taman Gemencheh Jaya, Bukit Rokan (Peringkat 1,2,3,4), Kg Ulu Rokan, Kg Batang Rokan, Rumah Rakyat Batang Rokan, Rumah Rakyat Gemencheh Lama, Ladang Tabong Haji Bukit Rokan Utara dan Kg Orang Asli,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya langkah kontigensi akan dilaksanakan sekiranya gangguan melebihi 24 jam (selepas tempoh penutupan).

Katanya bekalan air akan disambungkan semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat.

“Bagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh pembaikan yang lebih lama. Kerja-kerja pencucian dan penyelenggaraan loji rawatan air itu merupakan antara usaha berterusan SAINS dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan pelanggan pada masa depan,” katanya.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982.

Sementara itu, Norzita berkata paip pengepaman bersaiz 900mm di Fasa 1 dan 2 Sungai Terip dekat sini, pecah pada 9 malam tadi, menyebabkan berlaku pengurangan pengeluaran air sebanyak 25 juta gelen sehari di kolam imbangan Sungai Terip.

Katanya, kerja-kerja pembaikan kini sedang giat dilakukan dan tempoh bagi kerja-kerja pemulihan itu dijangka mengambil masa 24 jam. – BERNAMA

Tags: bekalan air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd