KETIKA ramai peminat masih berteka-teki tentang gerangan gadis yang bakal menjadi isteri pelawak sensasi, Zizan Razak, tup tup tersebar beberapa keping foto yang didakwa sebagai individu tersebut.
Menyingkap laporan sebelum ini, Zizan dikatakan telah menghantar rombongan merisik ke rumah gadis tersebut, yang didakwa bernama Nor Edura Diyana Hashim.
[ Zizan Razak Sudah Hantar Rombongan Merisik Bakal Isteri?]
Terbaharu melalui portal hiburan Rotikaya, seorang individu yang dikatakan penduduk kampung Zizan telah menghantar beberapa keping foto gadis tersebut melalui emel untuk tatapan peminat.




Menurut sumber, Nor Edura, 24, merupakan penuntut jurusan perakaunan di sebuah institusi pengajian tinggi di Terengganu.
Dalam artikel sama, individu tersebut turut memaklumkan bahawa keluarga Zizan memang ada datang ke kediaman Nor Edura namun tidak pasti akan tujuan mereka.
Rasanya, dah sampai masa Zizan buka mulut bagi menjelaskan tentang khabar angin yang bertiup kencang tentang perancangan perkahwinannya ini.
Untuk apa menyembunyikan perkara yang baik seperti ini, kan?
– MYNEWSHUB.CC
Episod Terakhir Zizan Sebagai Pengacara Program Gosip Melodi
https://www.youtube.com/watch?v=4L4yWGUkNno