• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Felcra: Kawasan Baharu Sedang Dikenal Pasti Untuk Generasi Muda

oleh Ahmad Albab
28/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sedang mengenal pasti kawasan luar bandar yang sesuai di seluruh negara untuk membangunkan lebih banyak projek Felcra yang dapat disertai generasi muda.

Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata projek ini bertujuan menggalakkan golongan belia supaya bersama-sama membangunkan kawasan luar bandar selain melibatkan diri dalam perniagaan di luar bandar.

Beliau temui pemberita selepas menyampaikan bantuan sara hidup dan dividen peserta Projek Tanam Semula Felcra Berhad kawasan Anak Endau di Dewan Majlis Daerah Rompin di sini, Isnin.

Seramai 799 peserta Felcra kawasan terbabit menerima bantuan sara hidup sejumlah RM1.056 juta, termasuk projek tanam semula Sepayang, Anak Endau Tebing Kiri dan Pontian Tebing Tinggi yang terletak di kawasan Parlimen Rompin.

Shafie berkata bantuan sara hidup dan dividen itu diberi mengikut keluasan tanah yang dibangunkan peserta, yang diperuntukkan bagi menampung kos sara hidup peserta sementara menunggu projek mengeluarkan hasil, iaitu tanaman kelapa sawit selama empat tahun, dan getah selama enam tahun.

Program tanam semula di daerah Rompin yang dijalankan oleh Felcra Berhad meliputi kawasan seluas seluas 115 hektar melibatkan 85 peserta pada tahun lepas, dan seluas 19.1 hektar melibatkan 21 peserta pada tahun ini.

Menyentuh mengenai fokus kementerian dalam Rancangan Malaysia ke-11 yang akan dibentangkan di Parlimen pada bulan depan, Mohd Shafie berkata antaranya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada generasi kedua Felcra di luar bandar.

Selain itu, katanya, tumpuan akan turut diberi kepada pembangunan wilayah melalui Felcra dan Kemajuan Pekerja Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Mohd Shafie berkata komponen pembangunan insan, khususnya di kalangan generasi muda, akan diberi penekanan termasuk melatih anak luar bandar dalam bidang latihan dan vokasional.

Masyarakat luar bandar akan dilibatkan dalam sektor ekonomi seperti peruncitan, pelancongan, inap desa dan tanaman fertigasi cili yang mampu memberi pulangan yang baik, katanya. – BERNAMA

Tags: FelcraShafie Apdal
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: Gelagat Anjing Bergayut Di Atas Kain Tergantung

Next Post

Umat Islam Kuat Tegak Islam Selagi Berpegang Kepada Al-Quran

Related Posts

Felcra Nafi Dakwaan Jual Kilang

Felcra Nafi Dakwaan Jual Kilang

10/08/2024
0

SHAH ALAM - Felcra Berhad menempelak dakwaan berhubung penjualan yang berlaku terhadap kilang di bawah kendali syarikat berkenaan kerana ia...

LKAN: Tunggakan Hutang Tak Mampu Dibayar Felcra RM312.22 Juta

LKAN: Tunggakan Hutang Tak Mampu Dibayar Felcra RM312.22 Juta

16/02/2023
0

Kuala Lumpur : Semakan audit mendapati Felcra Bhd (Felcra) mempunyai tunggakan hutang yang tidak mampu dibayar berjumlah RM312.22 juta pada...

Next Post

Umat Islam Kuat Tegak Islam Selagi Berpegang Kepada Al-Quran

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd