SEKARANG ini memang dah jadi trending orang ramai mencuba aplikasi Dubsmash dan berkongsi di laman Instagram masing-masing.
Tapi dalam banyak-banyak Dubsmash kami cukup tertarik dengan Dubsmash yang dimuat naik pelakon Fasha Sandha sempena ulangtahun perkahwinannya yang ke-3 buat suami tercinta.
Mana tidaknya, perangai gila-gila pelakon yang membintangi drama Selamat Pengantin Madu ini sangat kelakar dan sweet hingga membuatkan suaminya, Jejai tersipu malu dan tersengih-sengih disamping isteri tersayang.
https://instagram.com/p/1-5n-LPGOS/?taken-by=fashasandha
Alahai, kami yang tonton pun tumpang gembira dengan kebahagian yang dipamerkan pasangan ini.
Selamat ulang tahun ke-3 kami ucapkan!
Oh yer, bagi yang tidak tahu aplikasi Dubsmash ini merupakan aplikasi mudah alih khas untuk membuat video pendek disertakan suara-suara menarik. Cubalah! – MYNEWSHUB.CC
Oleh: FARAH
https://www.youtube.com/watch?v=TzjU80MuSdw