KUALA LUMPUR – Drama Fajar Di Bukhara terbitan Aquila Emas Sdn Bhd. (Acquila Emas) yang akan disiarkan di televisyen dinovelkan terlebih dahulu bersempena dengan Minggu Pesta Buku Antarabangsa 2015.
Pengarah Urusan Acquila Emas, Syarizan Md. Isa berkata, novel tersebut diterbitkan secara usahasama dengan OCTOBER@Aksara Aira Media Sdn Bhd. yang bertindak sebagai pengeluar dan pengedar novel tersebut.
“Penerbitan novel yang diterjemahkan dari filem cereka atau drama TV adalah perkara yang lazim di luar negara. Namun dalam konteks industri penulisan kreatif di Malaysia, ia masih baru dan jarang dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Syarizan berkata, hasrat untuk menerbitkan novel berdasarkan drama tersebut muncul kerana penerbitan drama Fajar Di Bukhara merupakan projek istimewa pernah diterbitkan oleh Aquila Emas.
“Novel Fajar Di Bukhara amat istimewa kerana selain mengisahkan percintaan, kekeluargaan, tanggungjawab sosial serta keusahawanan, ia turut diselitkan beberapa potong hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari RA.
“Lebih unik lagi apabila para pembaca boleh menantikan kemunculannya di kaca TV pada masa yang terdekat ini berbanding novel-novel yang lain yang ada dalam pasaran,†katany.
Menurut beliau, pelancaran drama Fajar Di Bukhara di televisyen dijadualkan pada 29 Mei ini. – mynewshub.cc
https://www.youtube.com/watch?v=HwDsEEzuUiw

