• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Pasang CCTV Pantau Pembuangan Sampah Secara Haram

oleh Ahmad Albab
18/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebagai langkah membasmi pembuangn sampah secara haram di sekitar bandar raya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memasang rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mudah alih.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, keputusan itu merupakan hasil perbincangan dalam mesyuarat baru-baru ini.

“Di Kuala Lumpur sekarang ni banyak berlaku pembinaan dan juga pengubahsuaian, maka akan ada pembuangan sampah secara haram di kawasan tanah awam dan juga tanah persendirian.

“Untuk mengesan aktiviti pembuangan sampah ini, ia agar sukar kerana mereka selalunya akan membuang sampah sekitar tengah malam hingga 3 pagi…sebab itu kita kena pasang ‘portable’ CCTV untuk kesan siapa yang membuang sampah,” katanya.

Ahmad Phesal berkata demikian kepada media selepas melepaskan peserta ‘Treasure Hunt’ anjuran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden MATTA Hamzah Rahmat.

Menurut Ahmad Phesal, perancangan itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat dan tertumpu di lokasi yang dikenal pasti, kerap berlaku pembuangan sampah secara haram.

Sebanyak 56 buah kereta dengan setiap kereta disertai antara tiga dan empat peserta menyertai pengembaraan dua hari bermula hari ini sehingga esok dan perjalanan bermula dari Kuala Lumpur, Selangor dan seterusnya ke Ipoh, Perak.

Sementara itu, mengenai pertandingan anjuran MATTA buat pertama kali itu, Ahmad Phesal berharap peserta dapat menjejaki Kuala Lumpur dengan lebih terperinci kerana banyak tempat menarik dan makanan lazat terdapat di bandar raya ini.

“Kita sendiri tidak menyedari bahawa KL (Kuala Lumpur) ini cantik sebenarnya. Kalau kita pergi secara ‘detail’, kita akan dapati pelbagai makanan di lokasi tertentu, bangunan-bangunan menarik serta penduduknya dapat kita fahami dan ini juga merupakan salah satu cara mempromosikan warisan yang ada di negara ini.

“Di KL pun, kita dah mula memperbanyakkan gerai dan restoran dan ini kita masukkan ke dalam ‘food trail’ mengikut kelompok makanan-makanan yang sesuai untuk diperkenalkan kepada pelancong asing,” katanya. – BERNAMA

Tags: CCTVDBKL
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hidu ‘Bau Ketakutan’ Zaman Penaklukan Jepun

Next Post

Ubah Persepsi Terhadap Perang Untuk Capai Keamanan Secara Adil

Related Posts

Suspek Ugut Penguat Kuasa DBKL Direman 2 Hari

Suspek Ugut Penguat Kuasa DBKL Direman 2 Hari

09/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Lelaki tempatan yang ditahan kerana disyaki membuat ugutan jenayah terhadap pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)...

‘Adakah Kerana Miskin, Ada Rekod Jenayah, Maka Itu Lesen Untuk Sesiapa Pukul Saya? – Penjual belon

‘Adakah Kerana Miskin, Ada Rekod Jenayah, Maka Itu Lesen Untuk Sesiapa Pukul Saya? – Penjual belon

06/04/2025
0

KUALA LUMPUR: 'Adakah sebab saya pernah ada kes (rekod jenayah) maka saya tidak boleh mencari rezeki halal? Salahkah saya," demikian...

Next Post

Ubah Persepsi Terhadap Perang Untuk Capai Keamanan Secara Adil

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd