• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CEO Lufthansa Lawat Tapak Nahas Lepas ‘Video Kabin’ Tersebar

oleh Ahmad Albab
03/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

LE VERNET, Perancis – Pengurusan Lufthansa dan Germanwings berkunjung ke pergunungan Alps Perancis semalam, tapak di mana sebuah pesawat mereka merempuh gunung itu minggu lalu bagi memberi penghormatan terakhir kepada mangsa.

Kunjungan itu juga dibuat bagi menyejukkan hati keluarga mangsa selepas tersebar video mengenai detik-detik akhir dalam kabin sebelum pesawat itu berkecai selepas pembantu juruterbang dipercayai sengaja menjunamkan penerbangan 4U 9525 ke gunung.

Pendedahan mengenai video itu dalam media Perancis dan Jerman, membangkitkan kemarahan pasukan penyiasat nahas itu pada 24 Mac, sekali gus mereka mendesak sesiapa saja yang ada video itu untuk menyerahkannya kepada penyiasat.

Lawatan Carsten Spohr, ketua eksekutif Lufthansa dan Thomas Winkelmann (CEO Germanwings) juga dibuat ketika perhatian dunia kini lebih tertumpu kepada pemilik Germanwings, Lufthansa selepas syarikat itu mengaku tahu pembantu juruterbang pesawat malang itu mengalami tekanan jiwa.

Mengikut Lufthansa, pembantu juruterbang itu Andreas Lubitz, 27, pernah memberitahu syarikat mengenai keadaan kesihatannya pada 2009 apabila latihan penerbangannya terganggu.

Spohr dan Winkelman tiba di bandar Seyne-les-Alpes, tidak jauh dari tapak nahas dengan helikopter sebelum ke perkampungan ini dan meletakkan kalungan bunga pada memorial yang baru dibuat bagi memperingati mangsa nahas.

Spohr kemudian membacakan kenyataan kepada pemberita tetapi tidak menjawab soalan.

“Tiada kata yang dapat mengungkapkan kemalangan ngeri ini,” katanya sambil berterima kasih kepada pasukan mencari dan menyelamat dan berjanji akan terus menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa.

Kedua-dua eksekutif berkenaan kemudian ke bandar kecil, Haltern di Jerman bagi menghadiri majlis memperingati 16 pelajar dan dua guru sekolah yang menjadi sebahagian daripada 150 korban nahas pesawat itu. – AFP

Tags: Germanwings
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Germanwings: Mayat 16 Pelajar Sekolah Selamat Disemadikan

11/06/2015
0

HAMPIR tiga bulan selepas nahas udara Germanwings, seramai 16 jasad pelajar sekolah dan dua guru mereka selamat disemadikan, baru-baru ini....

Germanwings: Co-Pilot Sudah Berlatih Junamkan Pesawat

08/05/2015
0

SUSULAN kes sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Germanwings yang disyaki sengaja dijatuhkan di kawasan Pergunungan Alps, Perancis, pakar berjaya menemui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd