• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Captain America Bocor Rahsia Filem Avengers Seterusnya

oleh Ahmad Albab
01/05/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pastinya, rata-rata peminat berpuas hati dengan sambungan terbaru filem gabungan beberapa adiwira iaitu Avengers – Age of Ultron.

Menampilkan beberapa karakter kuat dalam komik Marvel seperti Captain America, Thor, Iron Man, Black Widow dan Hulk, ia mencipta fenomena sendiri apabila berjaya mengaut kutipan lebih USD200 juta seluruh dunia.

Tapi, baru ditayangkan minggu lalu, pengikut filem tersebut kini telah didedahkan dengan beberapa klu tentang sekuel yang bakal dihasilkan nanti. Haa…anda pasti teruja kan?

avengers

Menerusi satu temubual, salah seorang pelakon utama iaitu Chris Evans yang membawa watak Captain America telah menceritakan serba sedikit tentang episod seterusnya dalam filem Avengers ketiga dan keempat.

Melalui wawancara bersama majalah Esquire, Evans berkata, dia akan memulakan penggambaran sekuel Captain America iaitu Captain America – Civil War sebelum meneruskan penggambaran Avengers.

“Saya akan mula penggambaran Captain America: Civil War dalam beberapa minggu, kemungkinan selesai sekitar bulan Ogos atau September.

“Kemudian saya akan berehat dan meluangkan masa untuk diri sendiri dan bersenang-senang.”

“Selain itu, saya akan memulakan penggambaran siri Avengers yang seterusnya Infinity War pada suku ketiga, musim gugur atau musim dingin 2016.

“Untuk penggambaran siri seterusnya Avengers ini saya memerlukan masa sembilan bulan kerana ia melibatkan dua buah filem sekaligus.”

Berdasarkan maklumat, filem Avengers seterusnya berjudul Infinity War part 1 dan dijadualkan ditayang pada 4 Mei 2018, manakala sekuelnya Infinity War Part II pada 3 Mei 2019.

Walaupun plot cerita masih belum didedahkan, namun ada ura-ura berkata, terdapat beberapa superhero baru yang akan diketengahkan seperti Quicksilver, Falcon, War Machine dan Scarlet Witch.

Mereka semua akan berdepan dengan musuh terbaru yang diberi nama Thanos.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Laporan Tentang Pembikinan Filem Avengers Ketiga Dan Keempat

Tags: bintang hollywoodFILEMhollywoodpelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd