• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bumbung Bangunan SK Senawang Tercabut Akibat Angin Kencang

oleh Ahmad Albab
09/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sebuah bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Senawang dekat sini, mengalami kerosakan teruk selepas bumbung bangunan empat tingkat itu tercabut dipukul angin kencang ketika hujan lebat, malam tadi.

Kejadian kira-kira 7 malam itu, mengakibatkan empat bilik darjah yang terletak di aras empat bangunan itu terpaksa dikosongkan.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Pkharuddin Ghazali berkata tiada kecederaan dilaporkan berikutan kejadian tersebut berlaku selepas waktu persekolahan.

“Bangunan tersebut menempatkan lapan kelas murid Tahun Enam dan untuk sementara, pelajar ditempatkan di surau dan bilik khas.

“Pihak sekolah juga memberi cuti khas bergilir kepada 1,231 pelajarnya iaitu pelajar Tahun Satu akan diberi cuti esok dan murid Tahun Dua pada Jumaat,” katanya selepas melakukan lawatan ke SK Senawang hari ini.

Beliau berkata pihaknya masih menunggu penilaian kerosakan oleh Jabatan Kerja Raya sebelum memohon peruntukan daripada Kementerian Pendidikan untuk kerja pembaikan.

“Kerja pembaikan akan dibuat seberapa segera yang mungkin dan pihak sekolah juga telah melantik kontraktor untuk melakukan kerja-kerja pembersihan sisa-sisa bumbung yang diterbangkan angin kencang semalam,” katanya.

Sementara itu, di Taman Jasmin, Senawang, sebanyak lima buah kereta yang diletakkan di bahu jalan, remuk dihempap pokok tumbang dalam kejadian angin kencang malam tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Fazli Jamaludin berkata empat pokok tumbang menghempap lima kereta tersebut dengan terdapat dua mangsa dalam satu daripada kenderaan itu.

Beliau berkata mangsa yang tidak mengalami kecederaan, berjaya dikeluarkan setelah pihaknya memotong dahan pokok yang menghempap kenderaan tersebut.

“Tujuh anggota bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk memotong dan membersihkan pokok-pokok yang tumbang,” katanya.

– BERNAMA

Tags: ribut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

26/10/2024
0

BENTONG : Sekurang-kurangnya 23 rumah di tiga kampung tradisional di kawasan Pelangai, di sini rosak akibat ribut yang menerbangkan atap...

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

16/09/2024
0

Alor Setar : Tiga buah feri dari Kuala Kedah ke Langkawi yang membawa 610 penumpang terpaksa berpatah ke Terminal Feri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd