• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BMW Kurangkan Harga Kenderaan

oleh Ahmad Albab
16/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – BMW Malaysia Sdn Bhd telah menyemak harga semua kenderaan BMW dan jenama MINI yang dikurangkan sehingga 1.9 peratus.

Harga motosikal BMW Motorrad pula diturunkan sebanyak 18 peratus.

Syarikat pengeluar kereta premium itu dalam satu kenyataan hari ini berkata langkah itu bertujuan menyalurkan perolehan hasil pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada pelanggan.

Bagi suku pertama tahun ini, syarikat itu telah menyerahkan sejumlah 1,729 unit BMW, MINI dan Motorrad.

“Prestasi itu seiring dengan apa yang telah kita lihat dalam industri automotif Malaysia berikutan spekulasi peningkatan harga pasca GST,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Alan Harris.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran pameran BMW World Malaysia, di sini, hari ini.

Acara tiga hari pada 17-19 April itu mengetengahkan enam kenderaan baharu daripada BMW Group iaitu BMW, MINI dan motosikal mewah BMW Motorrad selain paparan kenderaan konsep yang pertama seumpamanya di Asia.

Ia yang akan diadakan di Bukit Kiara Equestrian and Country Resort dekat sini, akan turut menyaksikan BMW World Malaysia menampilkan paparan terbesar kenderaan premium BMW Group, termasuk pelancaran BMW 2 Series Active Tourer, BMW X6, BMWi dan BMWi8. – BERNAMA

https://youtu.be/fGenvI56Sds

Tags: BMW
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PDRM Hanya Uji Cuba 5 Kereta Mewah – Polis

08/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Lima unit kenderaan jenis BMW dan Volkswagen yang diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, semalam,...

Kes Enjin Terbakar: Korea Selatan Denda BMW RM42 Juta

25/12/2018
0

HUKUM... Kerajaan Korea Selatan terpaksa mengenakan denda sebanyak 11.2 bilion won (kira-kira RM42 juta) terhadap syarikat pembuat kereta ternama Jerman,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd