Ingatkan pertelingkahan antara pelakon sensasi Rita Rudaini dan bekas suaminya, pemain bola sepak Aidil Zafuan sudah sepi, namun tiba-tiba isu membabitkan mereka kembali diperkatakan.
Mana taknya, melalui satu entri di laman Instagram peribadinya, bapa kepada dua orang anak hasil perkongsian hidup dengan Rita iaitu Airit Rayyan Rizqi dan Airit Qaqa Arjuna telah menulis ungkapan seolah-olah dia tidak diberi kesempatan untuk bersua muka dengan anaknya sendiri! Eh betul ke?
[Sekian Lama…Rita Rudaini Masih Menanti Jawapan Aidil]
Tulis Aidil, “Walaupun daddy tidak diberi kesempatan untuk memeluk dan mencium tapi adik sentiasa di hati daddy. Semoga Allah memberi jalan agar kita dapat bertemu satu hari nanti. Selamat hari jadi buat adik anak daddy semoga adik menjadi seorang yang berguna dan ingatlah adik sentiasa di hati daddy. Semoga satu hari nanti Allah mempermudahkan untuk kita berjumpa berhubung.”
Tidak mendiamkan diri, Rita kemudiannya dilihat seolah-olah membalas kembali kenyataan bekas suaminya itu apabila memuat naik satu gambar di laman Instagram yang seolah-olah menerangkan situasi bahawa tuduhan tersebut tidak benar.
https://instagram.com/p/2DzhZRjQyJ/?taken-by=ritrud727
Rasanya, dah sampai masa untuk para selebriti serta masyarakat tidak menjadikan media sosial sebagai ‘orang tengah’ untuk berkomunikasi.
Kan lebih afdal andai kedua-dua pihak bertelagah saling berhadapan dan menyelesaikannya tanpa perlu satu dunia tahu. Kasihanlah nasib anak-anak tu…
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: ALI
Astro Awani: Rita – Hanya Tuntut Hak, Bukan Menganggu


