• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berpakaian Hitam: Beberapa Wakil Rakyat Pembangkang Menyesal

oleh Ahmad Albab
02/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mendedahkan beberapa wakil rakyat pembangkang bertemu beliau dan menyatakan kekesalan berhubung tindakan mereka berpakaian hitam pada istiadat pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri Perak, Selasa lepas.

Zambry berkata beliau difahamkan wakil rakyat pembangkang telah membincangkan perkara itu dan mereka tahu baik buruknya tetapi tetap mengambil keputusan mengenakan pakaian hitam pada istiadat tersebut.

“Ini menunjukkan tidak ada rasa hormat kepada Tuanku dan saya pula dituduh sebagai orang yang cuba bermain dengan sentimen raja,” katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Zambry berkata kerajaan tiada niat menggunakan nama raja, tetapi ia sebenarnya adalah lanjutan daripada tindakan pembangkang yang tidak menghormati raja dan akhirnya dijadikan perbahasan.

Beliau berkata terdapat akhbar melaporkan berita berhubung pihak pembangkang masih mempertahankan hujah mereka memakai pakaian hitam pada sidang DUN tersebut.

“Saya tidak ingin meneruskan polemik ini, tetapi sebaliknya kita perlu ambil maklum dan iktibar dan memperbetulkan kesilapan dan bukan menjadikan ia satu polemik berpakaian hitam dan sebagainya.

“Ini tidak wajar dimainkan…saya telah sebutkan semalam oleh kerana saya diminta bertanya secara terbuka tentang kemurkaan Tuanku dan saya kata memang Tuanku murka,” katanya.

Zambry bimbang tindakan pembangkang itu akan menghantar isyarat yang salah kepada masyarakat dan menyebabkan timbul pelbagai reaksi yang tidak baik.

“Apabila kita bagi isyarat atau tindakan yang salah, jadi ia hantar tindakan yang salah kepada masyarakat di luar sana sebagai kesannya maka berlaku reaksi sebegitu.

“Saya berharap wakil rakyat sama ada pembangkang atau kerajaan hendaklah menyampaikan isyarat-isyarat yang betul supaya ia tidak disalah tafsir oleh masyarakat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Zambry Abdul Kadir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

20/04/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, bersetuju moratorium pelawaan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) Swaakreditasi dilaksanakan bagi...

Zambry Dilantik Setiausaha Agung BN Baharu

09/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd