• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beca ‘Pink’ Pakistan Khas Untuk Penumpang Wanita

oleh
13/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISLAMABAD – Jika di Kuala Lumpur, ada gerabak tren khas berwarna merah jambu khusus untuk penumpang wanita yang diasingkan daripada gangguan lelaki.

Bagaimanapun di Pakistan, kisah pengangkutan awam unik di ibu kota Malaysia itu memberi ilham buat seorang aktivis wanita di Lahore untuk menjadi lebih inovasi.

Gara-gara sering diganggu ramai pemandu lelaki ‘miang’, wanita tersebut, Zara Aslam tampil melancarkan perkhidmatan beca bermotornya yang tersendiri.

Akhbar-akhbar tempatan pada Jumaat melaporkan, perkhidmatan unik itu pula hanya khas untuk penumpang dan pemandu dari kalangan kaum wanita sahaja.

Namun buat masa ini, khidmat beca ‘merah jambu’ itu cuma menggunakan sebuah beca dan Zara berharap dapat tambah kepada 23 buah menjelang akhir tahun ini.

Ujarnya lagi, perkhidmatan tersebut juga adalah satu lagi cara untuk membantu golongan wanita tempatan menyara hidup dengan mengajar mereka memandu.

Zara turut menolong mereka untuk mendapatkan lesen memandu dan berharap dapat menarik penaja untuk meluaskan perkhidmatan beca ‘Pink‘ ke seluruh Lahore.

Bandar raya pelancongan popular bersempadan dengan India dan kota kedua terbesar di Pakistan selepas Karachi itu terkenal dengan beca berenjin disebut auto rickshaw.

Dianggarkan terdapat hampir 2,000 buah beca beroda tiga itu yang juga dipanggil sebagai Qing Qi dan menjadi pilihan untuk perjalanan jarak dekat. – Agensi/A.AMREE

Tags: becamiangPakistan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

Pesawat Tempur Pakistan Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih India

Pesawat Tempur Pakistan Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih India

10/05/2025
0

ISLAMABAD – Pakistan berjaya memusnahkan sistem pertahanan udara S-400 milik India yang terletak di Adampur, daerah Jalandhar, negeri Punjab, India,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd