• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ayah Kim Kardashian, Lelaki Terkuat Olimpik 1976 Kini Wanita

oleh
27/04/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES – Mantan juara Sukan Olimpik 1976, William Bruce Jenner dan bapa tiri kepada model terkenal, Kim Kardashian; secara terbuka mengumumkan dirinya telah bertukar menjadi seorang perempuan sepenuhnya.

Jenner, kini 65 tahun; yang juga bintang drama tempatan mengumumkan perkara amat mengejutkan itu menerusi program bual bicara stesen televisyen ternama, ABC ketika ditemuramah oleh Diane Sawyer pada Jumaat.

Legenda atlit balapan era 1970-an dan berasal dari New York, Amerika Syarikat (AS) itu berkata, dia telah memendam perasaan untuk menjadi wanita sejati sejak 50 tahun lalu ketika masih zaman kanak-kanak lagi.

“Saya selalu berasa gementar dengan identiti alat kelamin saya, saya seperti terikat dalam hal yang saya tidak suka, seorang gadis terpenjara dalam tubuh lelaki,” kata Jenner yang kini menetap di Malibu, California.

Justeru, dia tidak ragu-ragu untuk mengakui jati dirinya dalam program TV itu sebagai seorang wanita: “Dengan segala rendah diri, saya memang seorang perempuan. Mari saya tunjukkan anda rambut ‘ekor kuda’ saya ini.”

Jenner kemudian secara simbolik mengurai rambutnya yang sebelum itu diikat, sekali gus mengesahkan telah menjalani pembedahan pertukaran jantina kira-kira setahun lalu apabila sering diburu ‘paparazi’ media AS.

Spekulasi pernah melanda bulan lalu apabila pelbagai media sosial heboh melaporkan Jenner sering mengenakan  penutup dada sehingga mencetuskan histeria dalam kalangan empat anak tirinya termasuk Kim Kardashian.

Dilahirkan pada 1949, Jenner pernah menjadi pujaan ramai gadis apabila dinobatkan sebagai lelaki terkuat di dunia susulan kemenangan acara decathlon menerusi Olimpik Musim Panas di Montreal, Kanada pada 1976.

Namun, keinginan Jenner menjadi wanita mula serius setelah bercerai dengan isteri ketiganya, Kris Houghton Kardashian, juga bintang televisyen AS awal tahun ini selepas mengahwini janda tersebut pada 1991 lalu.

Media pernah melaporkan antara punca Jenner terpaksa ‘diceraikan’ oleh bekas isterinya yang kini berusia 59 tahun itu adalah kerana menentang hasrat tegar mantan lelaki tersebut mahu berubah jantina kepada wanita.

Jenner memiliki tiga orang anak tiri dengan Kris iaitu Kourtney, 35; Kim, 34; Khloe, 30; dan Robert, 28; serta empat lagi anak kandung hasil dua perkahwinan awal dirinya sebelum itu. – Agensi/A.AMREE

Video menarik sampingan: Gaduh sampai bukak bra kat Petaling Street

Tags: isterijandajantinaKIM KARDASHIANmantanOlimpiktelevisyen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

Suami, Isteri Maut Dibunuh: Atuk Tekad Jaga Tiga Cucu

Suami, Isteri Maut Dibunuh: Atuk Tekad Jaga Tiga Cucu

14/01/2026
0

SRI AMAN – Bapa kepada mangsa wanita yang ditemukan meninggal dunia bersama suaminya dalam kejadian tragis di sebuah kediaman di Taman Mutiara,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd